Mumble-less Monday #27: Dilema Kerja Rindu Malaysia

Salam sejahtera buat semua.

Meja Site Office Sembawang Shipyard

Meja berselerak di ruang site office adalah perkara biasa terutamanya apabila bos tiada di depan. Dah nak masuk dua minggu sejak bos pulang ke Malaysia. Jadi, hanya saya seorang sahaja yang duduk dalam bilik ni. Rakan-rakan yang lain menggunakan ruang kubikel di kawasan belah luar.

Sejak hujung minggu lepas, saya banyak berkira-kira bilakah akan terbang pulang ke Malaysia oleh kerana tugasan saya di sini telah selesai. Urusan dokumentasi lebih selesa untuk disambung di ofis dengan ruang meja sendiri.

Continue reading

Indahnya Berehat Pada Hujung Minggu

Salam sejahtera buat semua.

Hari ini hari Sabtu!

Sejak selalu kerja di hujung minggu untuk empat bulan yang lalu, hari berehat di hujung minggu dirasakan sangat dinanti. Lagi haru apabila rakan-rakan yang lain boleh menikmati hujung minggu masing-masing dengan pelbagai aktiviti outdoor.

Bukanlah dipinta untuk kerja tujuh hari seminggu ni. Ini semua kerana memenuhi tuntutan tanggungjawab yang telah digalas. Haruslah diri bersedia untuk menyudahkan urusan dengan baik. Harus tabah!

Continue reading

Berbuka dengan Bubur Lambuk Pemberian Pak Abu

Salam sejahtera buat semua.

Bubur Lambuk..

Susuk pak cik itu sebenarnya sangat asing. Tetapi kehadirannya telah dijangka kerana Vincent telah memberitahu semalam bahawa pemandu bas yang lain akan mengambil alih tugasan pada hari ini kerana dia mengambil cuti.

Sangkaan awal saya, pasti sukar untuk pak cik ini mengambil alih tugas Vincent yang peramah. Lagi pula, pasti dia tidak tahu lokasi yang akan ditujui oleh setiap jurutera ke kapal masing-masing.

Continue reading