Mumble-less Monday #27: Dilema Kerja Rindu Malaysia

Salam sejahtera buat semua.

Meja Site Office Sembawang Shipyard

Meja berselerak di ruang site office adalah perkara biasa terutamanya apabila bos tiada di depan. Dah nak masuk dua minggu sejak bos pulang ke Malaysia. Jadi, hanya saya seorang sahaja yang duduk dalam bilik ni. Rakan-rakan yang lain menggunakan ruang kubikel di kawasan belah luar.

Sejak hujung minggu lepas, saya banyak berkira-kira bilakah akan terbang pulang ke Malaysia oleh kerana tugasan saya di sini telah selesai. Urusan dokumentasi lebih selesa untuk disambung di ofis dengan ruang meja sendiri.

Apa yang menjadi dilema sekarang ini ialah tarikh untuk pulang ke Malaysia dan desas-desus mengenai tugasan seterusnya yang tidak seperti dijangkakan. Walauapapun, harus terus positif dalam menerima cabaran tugasan yang seterusnya.

beliamuda: Banyak pula jemputan kahwin dalam bulan November ni. Jika dapat pulang awal, maka sempatlah terjah mana-mana yang boleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge