Mumble-less Monday #27: Dilema Kerja Rindu Malaysia

Salam sejahtera buat semua.

Meja Site Office Sembawang Shipyard

Meja berselerak di ruang site office adalah perkara biasa terutamanya apabila bos tiada di depan. Dah nak masuk dua minggu sejak bos pulang ke Malaysia. Jadi, hanya saya seorang sahaja yang duduk dalam bilik ni. Rakan-rakan yang lain menggunakan ruang kubikel di kawasan belah luar.

Sejak hujung minggu lepas, saya banyak berkira-kira bilakah akan terbang pulang ke Malaysia oleh kerana tugasan saya di sini telah selesai. Urusan dokumentasi lebih selesa untuk disambung di ofis dengan ruang meja sendiri.

Continue reading

Makan Bersuap, Tapi Malas Nak Kunyah

Salam sejahtera buat semua.

Dokumen

Sejak seminggu kebelakangan ini, baru betul-betul terasa kesibukan seorang jurutera. Sudah berlalu dua bulan sejak saya mula bekerja di Yokogawa dan sepanjang tempoh itu, banyak benda baru yang telah dipelajari. Namun, masih banyak juga yang belum diketahui. Kini, status yang hanya “menyokong” telah bertukar kepada “terlibat secara langsung”. Moga dipermudahkan.

Itu nukilan ringkas sebagai penjelasan kenapa makin kurang kemaskini sejak seminggu yang lalu dan juga untuk masa yang akan datang. Setakat ini, hujung minggu dan cuti umum sahaja kesempatan masa yang ada untuk menulis di blog. Kalau terpaksa balik lewat pada hari kerja, peratusan untuk menulis agak rendah.

Continue reading

Mumble-less Monday #19: Sepasang Sepatu Hitam Lusuh

Salam sejahtera buat semua.

Kasut Hitam Lusuh

Sepatu hitam lusuh ini sudah mulai dipakai sejak awal tahun 2007 sebelum saya memulakan pengajian di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Sekarang, sudah lima tahun kasut ini memberikan khidmat. Walaupun jarang sekali digunakan semasa berada dalam pengajian, penggunaannya semakin meningkat tatkala waktu beredar. Kini, saya memakainya setiap hari bekerja.

Masa yang Pantas Berlalu, Bertemu Semula dengan Bulan Ramadhan

Salam sejahtera buat semua.

ramadhan
kredit kepada budakli di Flickr

Terasa sedikit kelainan pagi ni. Mahu bertekad untuk tidak tidur selepas solat Subuh dan terus memacakkan diri di depan laptop. Bukan buat urusan yang sia-sia. Sebelum balik raya ni (penghujung sem Mei 2011), ada tiga laporan kerja kursus (baca: report) yang perlu dihantar. Pemangkinnya, nak balik awal sebelum raya.

Mengimbau kembali setahun yang lalu, terasa pantas masa berlalu sejak kali terakhir menempuh Ramadhan. Ramadhan tahun lalu dilalui semasa tengah berpraktikal di Celectica Kulim. Maknanya, suasana bersahur, berpuasa dan berbuka adalah berbeza dengan apa yang pernah dilalui sebelum ni.

Continue reading