Blog

  • Fenomena Kenaikan Bil TNB 2026

    Analisis Objektif – Punca, Struktur Bil, dan Langkah Penyelesaian Mutakhir

    Pengenalan

    Sejak kebelakangan ini, ruang awam dan pelbagai platform media sosial di Malaysia hangat dengan rungutan serta kegusaran masyarakat mengenai lonjakan bil elektrik domestik yang mendadak1. Tangkapan skrin daripada bil pengguna yang menunjukkan peningkatan kos utiliti yang ketara telah mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan komuniti2. Terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa pengenalan infrastruktur meter pintar (Smart Meter) secara sengaja mempercepatkan pusingan meter, manakala sebahagian pihak menuduh terdapat kenaikan tarif secara terselindung oleh pihak pembekal utiliti, Tenaga Nasional Berhad (TNB)3.

    (more…)
  • Sekian Lama

    Assalamu’alaikum dan salam sejahtera buat semua.

    Sudah lama tidak menulis di sini. Entri terakhir ditulis adalah pada tahun 2016. Banyak yang telah berubah. Bukan setakat di sini sahaja, tapi semua laman sosial saya telah menjadi kurang aktif.

     
     
     
     
     
    View this post on Instagram
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

    A post shared by Muhammad Hanifi (@beliamuda) on

    Gambar di atas yang merupakan hantaran terbaru saya di Instagram setelah…


    Begitulah, tulisan di atas tamat disitu tanpa saya ingati apakah sebenarnya yang ingin ditulis sejak tahun 2020. Kini sudah 2025 dan saya masih lagi mengekalkan blog ini walaupun sudah tidak lagi aktif menulis. Lapan tahun lamanya sejak kali terakhir menulis.

    Mungkinkah blog ini akan kembali aktif semula? Sejak akhir tahun lalu, semangat untuk menulis semula telah kembali semula. Mungkin juga kerana keadaan pekerjaan sekarang yang sudah tidak lagi memerlukan saya outstation.

    Kita tengok dululah macam mana perkembangan selepas ini…

    beliamuda: ada terdetik nak menulis di tahun 2020 tu pun mungkin sebab WFH di zaman Covid.