Plaza Tol LPT2 Mula Beroperasi

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera buat semua.

LPT2Jajaran Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang telah dibuka secara berperingkat sejak beberapa tahun lalu yang bermula dengan laluan Bukit Besi – Kampung Gemuruh di Kuala Terengganu telah dibuka sepenuhnya sejak 31 Januari 2015 dan bermula tengah malam 7 Julai 2015, semua Plaza Tol di LPT2 mula beroperasi.

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Dengan beroperasinya kesemua Plaza Tol di jajaran LPT2, pengguna dari LPT tidak perlu lagi keluar di Plaza Tol Jabor dan masuk semula ke LPT2 setelah membayar tol untuk meneruskan semula perjalanan di LPT2. Buat masa ini, kutipan tol bagi LPT2 masih lagi belum bermula. Jadi, kadar bayaran tol yang perlu dibayar hanyalah untuk laluan LPT walaupun keluar di mana-mana Plaza Tol LPT2. Ini juga menunjukkan kutipan tol untuk LPT2 akan bermula tidak lama lagi.

LPT2

Buat masa ini, masih belum ada lagi stesen minyak yang beroperasi di sepanjang LPT2. Sila ikuti nasihat berkaitan kawasan rehat dan stesen minyak dalam kenyataan media di atas.

Bagi pengguna Waze, kemaskini untuk laluan ini juga telah dilakukan seperti yang sepatutnya. Jika terdapat mana-mana kesilapan dalam peta Waze, sila laporkan daripada aplikasi Waze untuk tindakan lanjut oleh penyunting peta.

[Twitter LLM] [Laman web LLM]

beliamuda: Pengguna LPT2 perlu lebih berhati-hati. Jalan lengang bukan bermaksud boleh pecut melebihi had laju…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge