Assalamu’alaikum dan salam sejahtera buat semua.
Syawal 1436H akan kunjung tiba dalam masa beberapa hari lagi. Untuk tahun ini, saya masih lagi menerima kad ucapan Selamat Hari Raya walaupun hanya dalam bentuk elektronik. Kad ucapan raya ini diterima daripada beberapa buah organisasi, seperti Innity yang dipaparkan dalam gambar di atas.
Kad ucapan Selamat Hari Raya ini merupakan kad maya yang dikeluarkan oleh Yokogawa Malaysia.
Perbadan PR1MA Malaysia (PR1MA) turut menghantar kad ucapan Selamat Hari Raya pada tahun ini kepada pemohon yang berdaftar.
RHR Hospitality juga menghantar kad ucapan raya maya dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Lebaran.
Kad ucapan raya ini pula daripada Enrich yang merupakan pengendali frequent flyer program untuk Malaysia Airlines.
Ada lagi dua kad ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang diterima selepas Hari Raya 1435H iaitu kad raya daripada Pos Malaysia dan Maybank.
Koleksi Kad Ucapan Raya Tahun 2010
Koleksi Kad Ucapan Raya Tahun 2011
beliamuda: Cukuplah sekadar dapat kad raya maya sebagi pengganti kad raya tradisional. WhatsApp dan seangkatan dengannya pasti lagi meriah menjelang malam 1 Syawal nanti.