Mumble-less Monday #27: Dilema Kerja Rindu Malaysia

Salam sejahtera buat semua.

Meja Site Office Sembawang Shipyard

Meja berselerak di ruang site office adalah perkara biasa terutamanya apabila bos tiada di depan. Dah nak masuk dua minggu sejak bos pulang ke Malaysia. Jadi, hanya saya seorang sahaja yang duduk dalam bilik ni. Rakan-rakan yang lain menggunakan ruang kubikel di kawasan belah luar.

Sejak hujung minggu lepas, saya banyak berkira-kira bilakah akan terbang pulang ke Malaysia oleh kerana tugasan saya di sini telah selesai. Urusan dokumentasi lebih selesa untuk disambung di ofis dengan ruang meja sendiri.

Continue reading

Mumble-less Monday #6: Meja Berselerak

Salam sejahtera buat semua.

Meja berselerak

Rumet bising je lepas tunjuk kawasan dia yang tidak tersusun (bukan niat tu pun sebenarnya) dalam gambar sebelum ni. Lepas tu terus dia kemas semua sekali.

Ni gambar meja saya. Berselerak dengan jurnal sebab dalam proses nak siapkan proposal FYP. Sempat jugak siapkan tepat pada masa. Tapi kena teruskan lagi kajian dan penulisan supaya semangat tak putus.