LRT Extension Project (LEP): Tren 6 Gerabak

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera buat semua.

Kelihatan tren enam gerabak baharu untuk LRT Aliran Ampang yang sedang dalam ujian melalui trek LRT baharu di Taman Perindustrian Kinrara (TPK). Kemungkinan tren ini sedang dalam ujian di antara Stesen LRT Kinrara BK5 dan Stesen LRT Awan Besar.

Continue reading

Mengisi Borang Pendaftaran Keahlian Alumni UTP

Salam sejahtera buat semua.

UTP Alumni Membership

Hari berlalu yang semakin menghampiri kepada Majlis Konvokesyen UTP kali ke-12 pada 21 Oktober nanti. Persiapan awal sebelum majlis juga hampir selesai semuanya.

Namun, salah satu borang dalam buku panduan konvokesyen yang perlu dihantar semasa mengambil jubah konvo tidak dikemaskini dengan pautan terkini. Borang tersebut ialah “UTP Alumni Membersip Registration Form”.

Continue reading

Indahnya Berehat Pada Hujung Minggu

Salam sejahtera buat semua.

Hari ini hari Sabtu!

Sejak selalu kerja di hujung minggu untuk empat bulan yang lalu, hari berehat di hujung minggu dirasakan sangat dinanti. Lagi haru apabila rakan-rakan yang lain boleh menikmati hujung minggu masing-masing dengan pelbagai aktiviti outdoor.

Bukanlah dipinta untuk kerja tujuh hari seminggu ni. Ini semua kerana memenuhi tuntutan tanggungjawab yang telah digalas. Haruslah diri bersedia untuk menyudahkan urusan dengan baik. Harus tabah!

Continue reading

iPhone 5 Dalam Genggaman

Salam sejahtera buat semua.

Macam ni rupanya iPhone 5

iPhone 5 dengan rasminya mula dijual di beberapa buah negara semalam. Singapura adalah salah satu negara yang menjadi diantara yang terawal menerima iPhone 5.

Oleh kerana rakan sekerja saya, Wong seorang pengguna produk Apple yang agak tegar dengan iPhone, maka dapatlah iPhone 5 ini berada dalam genggaman saya. Dapat tilik dan pegang pun jadilah…

Continue reading