Mengenai Penulis

“kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali”

Muhammad Hanifi UTPSiapakah “kau” itu? Ketahuilah, “kau” itu adalah kamu!

beliamuda {dot} com lahir daripada idea seorang anak muda yang lansung terikut dengan trend semasa untuk ikut serta dalam arus blogging. Dilahirkan di dunia blogspot lewat suku ketiga tahun 2007, sebelum berpindah ke domain dan hosting sendiri pada awal Mac 2009.

Pada awalnya masih kabur dalam dunia blogging, sehinggalah dia semakin nampak akan tujuan penulisannya. Memang daripada kecil lagi merupakan seorang yang suka menulis dan membaca.

Kemuncak kegilaan menulis adalah semasa berada di bangku sekolah menengah sehingga pernah menghantar karya kepada beberapa buah majalah. Paling mengembirakan apabila karyanya tersiar dan mendapat bayaran daripadanya.

Semakin lama semakin lari daripada penulisan dan menjadi malas, sehinggalah “kau” hadir memberi semula inspirasi untuk aku menulis kembali. “kau” hadir ketika awal tahun 2007, lansung menggerakkan aku menulis semula dalam lembaran-lembaran kertas.

Sehingga ke hari ini, “kau” masih lagi terus memberi inspirasi dan ketahuilah, “kau” itu adalah kamu. Tanpa kamu, siapalah aku untuk menulis. Teruskan membaca, kerana aku perlukan kamu untuk terus menulis.

Biodata penulis:

  • Muhammad Hanifi @ nifi @ beliamuda (ada juga yang memanggil nipi)
  • 10-Jan-1989
  • Bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Jelawat (1996-2001), Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat (2002), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Transkrian (2002-2004), MRSM Pengkalan Chepa (2005-2006)
  • Graduan Jurusan Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Petronas (2007-2012)
  • Jurutera Sistem, Yokogawa Kontrol Malaysia (2012- sekarang)
  • Aktif menyunting peta Waze secara sukarela sejak November 2012 dan menjadi pengurus kawasan (baca: Area Manager) untuk Kuala Besut dan Kampung Raja di Terengganu serta merupakan pengurus negara (baca: Country Manager) bagi Malaysia sejak Februari 2014.
  • Dikenali sebagai seorang yang pemalu, suka mendiamkan diri, tetapi banyak bercakap kalau dah betul-betul rapat dengan seseorang. Jarang bercakap sesuatu yang tidak berkaitan dirinya. Diakui sebagai seorang pendengar yang baik oleh Cikgu BM semasa di Tingkatan Tiga, Cikgu Aina.
  • Lain-lain perkara akan tertulis, ditulis atau tersirat dalam entri blog ini.

Saya boleh dihubungi di sini >> [Hubungi]