Kenapa Saya Mula Berblog?

Salam sejahtera buat semua.

bersambung

Kenapa saya mula berblog? Melihatkan perkembangan semasa yang sihat dan pesat di dunia blog, dengan pertambahan mendadak pengguna blog percuma seperti blogspot, wordpress, live journal dan macam-macam lagi, apatah lagi mereka yang berblog menggunakan domain dan hosting sendiri, saya mula terimbau semula kenapa saya berblog.

Masuk bulan Disember tahun ni, hampir genaplah setahun saya mula berblog semula setelah lama terhenti sebelum itu. Tidak lama kemudian, beralih ke domain dan hosting sendiri, merangkak-rangkak belajar perkara berkaitan teknikal dan apa yang diperkatakan sebagai SEO dan SERP.

Continue reading

Respon: HurulAini Memberikan Tip Tingkatkan Trafik

Salam sejahtera buat semua.

Entri ini adalah respon kepada entri di hurulaini.net yang bertajuk “Blog kadang kala boleh jadi sungguh pelik…” yang membincangkan mengenai tip tingkatkan trafik blog dan mesra carian google.

Alexa Ranking

Entri diatas ditulis pada 18 Disember, sehari selepas berlaku peningkatan trafik di blog hurulaini.net. Keadaan tersebut turut berlaku kepada saya, seperti yang ditulis dalam entri sebelum ini. Rasanya, ada beberapa lagi blog yang mengalami peningkatan trafik pada hari tersebut disebabkan adanya peristiwa yang hampir seluruh umat manusia di Malaysia tahu mengenainya.

Continue reading

Melompat-lompat Sampai Mata Berpinar

Salam sejahtera buat semua.

Anggaplah ini adalah entri selingan untuk siri entri “Young Doctor Programme” yang baru bermula hari ni. Ada lagi tiga entri mendatang untuk tiga hari yang seterusnya.

Kebetulan dah luangkan masa yang ada ni (tak sibuk fikir nak tulis entri apa), jadi saya meluangkan masa untuk melompat-lompat, sambil berjalan dan kadang-kadang menyelam sambil minum air. Sendawa la jugak di pertengahan jalan tu.

Continue reading