Melompat-lompat Sampai Mata Berpinar

Salam sejahtera buat semua.

Anggaplah ini adalah entri selingan untuk siri entri “Young Doctor Programme” yang baru bermula hari ni. Ada lagi tiga entri mendatang untuk tiga hari yang seterusnya.

Kebetulan dah luangkan masa yang ada ni (tak sibuk fikir nak tulis entri apa), jadi saya meluangkan masa untuk melompat-lompat, sambil berjalan dan kadang-kadang menyelam sambil minum air. Sendawa la jugak di pertengahan jalan tu.

Memang saya jarang buat blog walking ni (jalan-jalan blog) sebab saya biasanya baca blog yang saya dah subscribe dalam Google Reader je. Kebetulan tak ramai yang update dalam senarai tu, jadi luangkan masa hari ni ni dengan aktiviti sebagai seorang stalker di dunia blog orang lain.

Lepas berpuluh-puluh blog saya lompat (tak banyak yang saya baca), mata jadi berpinar. Mata jadi berpinar sebab blog blink-blink sangat. Pastu dalam tulisan tu pulak ada pelangi (kebanyakannya guna warna hitam sebagai warna latar). Lagi la berpusing biji mata. Nasib baik retina masih berfungsi dengan baik.

Dalam banyak-banyak yang saya selami tu, saya hanya baca entri di blog yang layout tak blink-blink sangat. Sebab tu la saya suka baca blog yang agak minimal. Memang tak tahan sangat nak baca yang blink-blink ni. Dah la streamyx makin parah (tambah-tambah kongsi untuk dua komputer, kadang-kadang tiga), dengan blink-blink yang banyak tu, lambat la nak load.

Sekian. Blog anda kepunyaan anda. Saja nak mengkritik. Dah lama takde orang kritik blog ni. Sebarang kritikan amat dialu-alukan.

beliamuda: kan best kalau blog putih bersih je? blogger berfahaman minimalis pasti sokong saya kali ni… ngeh3

6 thoughts on “Melompat-lompat Sampai Mata Berpinar

  1. blog kak jie pun , teruk juga tu…dok belek nk buang apa lagi.

    tapi nuffnang tu rasanya lepas seminggu dah tak bling =bling lagi kot..sbb tak mgkn dia nk bagi kempen kt blogger bukan Glitterati mcm kak jie…cuma nk habiskan kempen…

    bling bling macam nk sambut deepavali

    sungguh tak suka..tp diam je..sbb blog sendiri pun berpinau gak org nak baca :p
    .-= Kujie´s last blog ..Miss Innity yang rela bermadu =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge