Salam sejahtera buat semua.
Sepatutnya entri ini telah ditulis lama dahulu. Tapi entah apa sebenarnya yang buat saya tertangguh untuk tulis entri ni. *Fikir sejenak*
Oh, masa tu. Banyak benda yang terjadi. Boleh saya katakan antara saat-saat paling mendebarkan dalam hidup saya. 6 Ogos dan 7 Ogos, dua tarikh yang menyimpan seribu satu kenangan dan memori.
Kita tinggalkan dulu pasal tu. Entri ni ditujukan buat bro eyriqazz atau saya lebih suka panggil Cikgu GTO sebab selalu je tersalah eja perkataan eyriqazz tu (ni pun dua tiga kali rujuk URL blog).