Bergambar di Bukit Larangan KLCC Park

Salam sejahtera buat semua.

Bukit Terlarang KLCC Park

Terima kasih kepada Nashunter untuk gambar yang awesome ni! Boleh bayang tak macam mana posisi jurufoto tengah ambil gambar pada masa ni? Tertunduk-tunduk kat atas rumput untuk cari sudut gambar yang menarik.

Ada sebab kenapa saya memanggil lokasi tempat mengambil gambar ni sebagai Bukit Terlarang. Sebenarnya, tempat yang kami duduk semasa mengambil gambar tersebut adalah dilarang sama sekali untuk dinaiki apatah lagi dipijak.

Continue reading

Perjumpaan Khas Bersama Rakan CJ7 di KLCC Park

Salam sejahtera buat semua.

Putera CJ7

Apabila masing-masing semakin sibuk dan medium untuk terus berhubung hanyalah melalui penggunaan teknologi telekomunikasi dan Internet, perjumpaan dan bersua muka dengan rakan-rakan seperjuangan menjadi lebih bermakna dan lebih dihargai.

Kalau dulu boleh bertemu serampang dua mata setiap hari dengan rakan-rakan yang lain sama ada di asrama ataupun kelas, selepas tamatnya pengajian dan masing-masing telah membawa haluan sendiri, semua itu kini hanya tinggal kenangan.

Continue reading

CJ7 Farewell Dinner: Terima Kasih Rakan-Rakan!

Salam sejahtera buat semua.

CJ7 Farewell Dinner

CJ7 Farewell Dinner telah berlangsung dengan lancar walaupun ada beberapa aktiviti yang terpaksa dipotong disebabkan kesuntukan masa. Walaupun begitu, secara keseluruhannya, majlis telah berlangsung dengan begitu baik sekali dan terima kasih buat rakan-rakan yang menghadirkan diri dalam majlis tersebut pada malam 30 Disember 2011 yang lalu.

Suka saya melihat kebanyakan rakan-rakan menyatakan perasaan masing-masing terhadap keluarga CJ7. Penghargaan buat penaberkala yang berjaya merakam kata-kata dan ucapan yang dibuat oleh CJ7-ians. Saya tidak berkesempatan untuk berada dalam talian selepas majlis tamat sehinggalah ke petang 31 Disember.

Continue reading