Salam sejahtera buat semua.
Entri ini adalah respon kepada entri di hurulaini.net yang bertajuk “Blog kadang kala boleh jadi sungguh pelik…” yang membincangkan mengenai tip tingkatkan trafik blog dan mesra carian google.
Entri diatas ditulis pada 18 Disember, sehari selepas berlaku peningkatan trafik di blog hurulaini.net. Keadaan tersebut turut berlaku kepada saya, seperti yang ditulis dalam entri sebelum ini. Rasanya, ada beberapa lagi blog yang mengalami peningkatan trafik pada hari tersebut disebabkan adanya peristiwa yang hampir seluruh umat manusia di Malaysia tahu mengenainya.
‘One-day-glory’, istilah yang diberikan HurulAini berkenaan peningkatan tersebut. Memang tepat untuk menggambarkan keadaan pada waktu itu, sebab seharian selepasnya, berlakulah penurunan mendadak dalam jumlah trafik. Maka, terhasillah graf runcing yang tajam. Ngeh3.
Kebiasaanya, trafik sementara ini tidak banyak memberikan kesan kepada ranking di Alexa, tetapi jika trafik ini dapat dikekalkan untuk satu tempoh, akan berlaku sedikit pengurangan nombor kedudukan di Alexa. Satu lagi yang saya perasan ialah blog di platform blogspot mungkin kurang berkesan untuk Alexa (kecuali anda menggunakan domain sendiri dan trafik betul-betul tinggi).
Dalam tip meningkatkan trafik blog, ada enam poin yang diberikan. Dalam banyak-banyak poin, yang keenam adalah yang paling sukar untuk dilakukan. Bukan mudah nak tulis entri baru dan bermanfaat. Kalau anda kenal blogger yang tahu menggunakan cara ini, belajarlah bagaimana dia membina entrinya. Saya ada kenal seorang. Hehe (kalau dia komen entri ni, baru saya beritahu siapa dia).
Seterusnya, HurulAini ada memperkatakan tentang tip mesra carian Google. Secara jujurnya, sukar untuk mengetahui bagaimana cara algoritma enjin carian Google ini. Tapi, setakat mengamalkan apa yang ditulis tu, memang dah cukup bagus dan terbukti berkesan. Rajin-rajnlah bersahabat dengan enjin carian terutamanya Google dan belajar menggunakan alatan-alatan berkaitan laman web dan blog yang disediakan Google.
Mengenai tip menjadi blogger berkredibiliti:
-
Benda paling kita faham adalah diri kita sendiri, sebab itulah paling mudah menulis entri macam ni. Dalam sejarah entri di beliamuda {dot} com ni, hanya ada satu sahaja entri yang saya panggil artikel. Walaupun isu dalam entri tu kecil, cara penulisan entri tersebut sangat berbeza dengan cara penulisan entri yang lain dan memakan masa.
-
Entri kontroversi paling menarik sekali sebenarnya. Paling senang nak menarik perhatian orang lain, tapi anda kena bersedia untuk menerima kata-kata kesat dan makian la. Cuba elakkan (pernah ke saya buat entri kontroversi?). Saya faham bagaimana perasaan HurulAini mengenai huraiannya di sini.
-
Fakta adalah paling penting. Tapi, walaupun dah ada bukti, tetap akan ada yang mempersoalkan.
-
Menulis untuk mendapat komen dan mendapat trafik ada dua benda berbeza. Apabila dah dapat komen banyak, trafik tidak tinggi sangat. Bila dah tinggi trafik, komen sikit pun tak ada. Yang ni bergantung kepada pembaca. Ada blogger yang suka dengan komen yang banyak. Ada yang lebih mementingkan trafik. Cuba imbangkan.
-
Entri panjang, kadang-kadang peratusan untuk dibaca habis sangat rendah. Kalau panjang, cuba selitkan dengan grafik supaya dapat melegakan mental pembaca. Pecahkan kepada bahagian adalah satu alternatif.
-
Tajuk yang tepat. No komen (susah juga nak bagi tajuk untuk sesuatu entri).
-
Pasal kredit pun boleh bawa masalah. Silap-silap kena tuduh plagiat @ curi hak orang. Kreditkan di mana yang patut. Kalau bersalah, kita mengaku. Kalau kita betul, pertahankan. 🙂
Yang terakhir sekali, bukan mudah nak praktikkan. Lagi senang cakap sahaja. Selamat mengaplikasikan dan memeriahkan dunia blog di Malaysia.
Dapatkan Buku Percuma Di Sini!
beliamuda: [1] Paling best masa trafik memuncak ialah iklan nuffnang turut beraksi. [2] Kalau tak faham apa yang ditulis di sini, sila baca dulu entri asal.
semakin hari semakin maju trafik ko en..hahaahaah… o_O
.-= PutraMalaya´s last blog ..Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah =-.
@PutraMalaya, naik sikit2, sementara masih ada peluang… ngeh3…
wah..best tips ni…mahu juga
.-= ishak´s last blog ..Gaji wartawan hiburan (penulis gosip artis) halal ke ? =-.
@ishak, selamat mencuba~
selalu baca metro dapatlah mencipta kontroversti di blog.. huhu..
bila aku google je benda pelik2, ranking blog hang memang no.1 ataupon top 10 la dlm google.. hebat!
ermm.. hang mmg selalu tulis artikel yang panas dan terbaru sebabtu la hebat..
mcm aku bila nak tulis je menda mcm tu, peram dulu.. yang panas terus jadi sejuk dan suam..
kipidap!
.-= Luth Textile´s last blog ..Setia dalam bercinta? =-.
@Luth Textile, selalu jugak aku peram benda2 yang aku nak tulis tu. tengok peluang dan masa yang ada gak ar.
Terima kasih atas tips di atas. i pun baru start buat blog je. kalau nak tulis isu2 kontroversi, kena maki hamun takpe, yang takut nanti kena saman dengan pihak watak utama kontroversi..bahaya.
http://bit.ly/liDU8M
@jimmy, cuba la elak menulis kontroversi yang boleh membawa kepada saman.