beliamuda.com kini dihoskan di Serverfreak

Salam sejahtera buat semua.

serverfreak

Salah satu langkah baru dalam menjejakkan kaki di tahun baru 2010. Akhirnya, beliamuda {dot} com telah berpindah ke hosting baru. Setelah hampir tujuh bulan bersama TNN Hosting, blog ini telah berpindah ke Serverfreak.

Selama tujuh bulan bersama TNN, agak mencabar sikit pada peringkat awalnya, terutama sekitar bulan Mei dan Jun tahun lepas. Selepas itu, segalanya baik sahaja. Untuk hosting murah, TNN boleh dikatakan ok.

Tujuan berpindah hosting ni pun bukannya kerana TNN buat hal, tapi rasanya sudah tiba masa untuk berpindah ke hosting yang lebih baik dan mempunyai reputasi yang baik dikalangan blogger. Lagipun, kebanyakkan rakan blogger yang saya kenal rekemen untuk guna hosting ni.

Awal-awal lagi dah terasa bagusnya hosting ni. Bukan apa. Masa nak pindah hosting tu, nak pindahkan sekali dengan domain la. Nasib baik registrar sama untuk TNN dengan Serverfreak.

Cuma ada sikit masalah masa nak tukar info kat domain tu. Nasib baik Sam pantas membantu. Akhirnya domain selamat ditukar info dan segala fail dalam hosting lama dipindahkan ke hosting baru oleh Sam. Senang kerja. Lepas tu tunggu DNS tukar elok-elok je la.

beliamuda: Sebab ni la kurang berblog sejak awal tahun baru hari tu… dan terima kasih untuk kupon Ohmedia! :D

35 thoughts on “beliamuda.com kini dihoskan di Serverfreak

  1. Pingback: beliamuda {dot} com Kini Berusia Setahun | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge