Salam sejahtera buat semua.
[Tarikh sebenar pengumuman keputusan PMR 2011!]
Pelajar Tingkatan 3 yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 pastinya sedang berdebar kerana bermulanya minggu depan bila-bila masa sahaja tarikh rasmi pengumuman keputusan akan dibuat. Sehingga ke hari ini, masih tiada sebarang pengumuman yang dibuat oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Nampaknya, desas-desus tarikh pengumuman PMR 2011 yang dijangkakan jatuh pada 16 Disember ini kemungkinan tidak tepat sama sekali kerana kebiasaannya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menyiarkan sebaran media berkenaan tarikh keputusan PMR diumumkan seminggu sebelum tarikh pengumuman rasmi dan analisa di Putrajaya.
Jadi, telahan awal saya bahawa tarikh keputusan PMR 2011 akan diumumkan pada 22 atau 23 Disember adalah diantara kemungkinan yang paling tinggi. Sama-samalah kita menunggu sebarang pengumuman rasmi daripada pihak KPM. Kemungkinan 16 Disember akan menjadi hari sebagai pengumuman tarikh rasmi, bukannya hari keputusan PMR 2011 diumumkan.
Semakan Keputusan PMR 2011 Online
Saban tahun, pasti ada pelajar yang bertanya wujudkah mengenai semakan keputusan PMR secara dalam talian (baca: online). Saya dapati setakat hari ini tiada sebarang makluman rasmi dalam mana-mana pengumuman keputusan peperiksaan awam yang boleh disemak secara online melainkan peperiksaan STPM yang diletakkan dibawah Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Namun, usah gusar jika tiada sebarang semakan keputusan PMR 2011 secara online yang boleh dilakukan kerana pelajar masih mempunyai satu lagi alternatif iaitu semakan keputusan PMR 2011 secara SMS.
Semakan Keputusan PMR 2011 SMS
Berikut adalah cara untuk membuat semakan keputusan PMR 2011 secara Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
Mengikut pengalaman semasa menggunakan servis 15888 bagi membuat semakan keputusan UPSR secara SMS tempoh hari, ianya hampir tidak berfungsi pada hari keputusan diumumkan. Namun, semakan akhirnya dapat dibuat selepas SMS sama dihantar pada keesokan harinya. Maka, bersabarlah jika tiada sebarang respon selepas SMS dihantar.
beliamuda: Kemungkinan tidak akan pernah wujud semakan keputusan PMR online sehinggalah ia dimansuhkan kelak…



pmr result macam mana cari
bila tarikh confirm result pmr akan kluar ya?
@cik pesek, esok
klu mlalui sms boleh tau dgn cepat x ?
@hanis, same ajelah cik kak oii!!!!pkul 10 pg bru talian dbuka 🙂
seriously takut..excited sgt.result kluar eck,:(
ari ni kuar result la……..!!
4A
2B
2C
OMG ! i;m so scared now ~ :'((
jap lagii , nak amik results ………
harap2 dapat A banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk
@FARHAA FARHANA,chill ar
tsk. I hope all PMR candidates out there including me will get the best as what they hoped for. 🙂
saya takut kalau saya gagal dalam peperiksaan ini kerana ini masa depan bagi saya …….
@siti, bsbar ye kax siti…mzty akq akn lulus nye…
@hazirah, pika saya bangga kerana pmr pika lulus
@siti, sma la ,..kta b’doa seja la ,..
cmne nk tgok result ye??