Salam sejahtera buat semua.
Dua peristiwa menarik yang berlaku semalam ialah berpeluang untuk mendengar tazkirah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus dan memerhatikan gerhana bulan penuh semasa fasa gerhana penuh, kebetulan selepas berakhirnya majlis.
Tazkirah Maghrib semalam diadakan di Surau An-Nuriyah, Taman Meru, Jelapang, Ipoh, Perak. Mengikut perancangan asal majlis, ceramah perdana (seperti yang disebutkan oleh penganjur) akan diadakan di kawasan luar surau. Khemah-khemah telah pun tersedia.
Namun, lewat petang semalam iaitu sekitar selepas Asar sehingga waktu Maghrib, hujan turun agak lebat di sekitar kawasan Ipoh (dan juga di UTP, Bandar Seri Iskandar). Jadi, majlis terpaksa diadakan di dalam kawasan surau. Seingat saya, Ustaz Azhar sekadar menyebut majlis ini sebagai tazkirah Maghrib.
Antara pengisian tazkirah oleh Ustaz Azhar pada malam tersebut
Saya sempat tiba di Surau An-Nuriyah tersebut bersama-sama dengan Nasrullah sebelum waktu Solat Maghrib. Dapat parking yang elok dengan bantuan Unit Amal yang bertugas. Jemaah memenuhi surau sehingga ke bahagian luar yang telah dihampar dengan tikar.
Kuliah Maghrib Ustaz Azhar banyak berkisar tentang kepentingan menuntut ilmu agama, terutamanya ilmu Fardhu Ain. Tiada makna mempunyai ilmu keduniaan yang tinggi sehingga tahap PhD tetapi apabila diajukan soalan asas Fardhu Ain, langsung tidak dapat dijawab. Contoh yang diberikan oleh Ustaz Azhar ialah berkenaan dengan hukum beristinjak.
Kami ada di belakang, belah kanan kamera
Tempoh masa sejam diluangkan untuk tazkirah Maghrib sebelum memasuki sesi soal jawab. Ada dua soalan yang paling menggelikan hati saya iaitu berkenaan dengan hukum mengahwini kembar siam yang masih belum dipisahkan dan juga mengenai anak perempuan ustaz yang ingin dibuat menantu oleh pengaju soalan.
Antara soalan yang ditanya kepada Ustaz Azhar semasa sesi menjawab soalan
Kalau mata korang tajam, dapatlah nampak muka saya
Sangat banyak soalan yang diajukan kepada ustaz, namun dengan masa yang suntuk, hanya beberapa soalan sahaja yang boleh dijawab. Sebaik selesai majlis, jemaah terus menunaikan solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Azhar Idrus sendiri. Selepas itu semuanya bersurai sekitar pukul 10:30 malam.
Soalan mengenai anak perempuan ustaz dan permasalahan kembar siam
Kamera yang merakam adalah yang dibenarkan sahaja
Saya dan Nash tidak terus bergerak pulang, sebaliknya kami berada di kawasan surau buat sementara waktu kerana Nash ada urusan dengan junior dia. Kebetulan juga selepas habis majlis tersebut, gerhana bulan baru sahaja memasuki fasa gerhana penuh.
Dapat jugak perhatikan waktu bulan kelihatan berwarna merah. Langit pula sudah cerah kembali setelah sepetang dilindungi awan hitam pekat. Nash ada menembak beberapa keping gambar semasa gerhana bulan penuh tersebut.
Gambar terakhir yang dirakam bersama-sama dengan ustaz
Oleh kerana kami menunggu di kawasan surau, maka sempatlah kami bergambar dengan Ustaz Azhar sebelum beliau bergerak pulang. Malam ini, Ustaz Azhar akan berada pula di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi, Ipoh, Perak bersama-sama dengan Ustaz Kazim Elias.
Kami kemudiannya beredar untuk makan malam di Meru Town sambil menyaksikan perlawanan bola sepak sebelum gerak pulang. Nash lebih banyak tersengguk daripada menonton perlawanan semalam. Keh3.
Kredit gambar-gambar di atas kepada;
Nashunter dan Facebook Page Ustaz Azhar Idrus
beliamuda: Bawa saja Alpha semalam. Langsung tida digunakan untuk menembak gambar.
Oit!haha….
sengguk2 tp dpt gak tgk mase goal…
sebijik je pun..bosan…kalo tgk Man U menarik la jugak…4-1
Barcelona ngan Real madrid lg best..haha =p
TU la pasal…ko bawak je..tp xmenembak..malu2 nk kuarkan ek?
haha..xpe..aku pun biase camtu..bawak je..tp xshoot (^_^)
Nashunter´s last blog about ..|| Ustaz Azhar Idrus dan Gerhana Bulan ||
@Nashunter, haha… nasib la ada satu gol tu je. Keh3.
Bukan malu nak keluarkan, tapi macam tak mampu untuk digunakan di situ. huhu~
BANYAK PENGAJARAN TENTANG GERAMAH YG DISAMPAIKAN…..
@pena, Ambillah pengajaran daripadanya dan sampaikan kepada yang lain.