“kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali”
Siapakah “kau” itu? Ketahuilah, “kau” itu adalah kamu!
beliamuda {dot} com lahir daripada idea seorang anak muda yang lansung terikut dengan trend semasa untuk ikut serta dalam arus blogging. Dilahirkan di dunia blogspot lewat suku ketiga tahun 2007, sebelum berpindah ke domain dan hosting sendiri pada awal Mac 2009.
Pada awalnya masih kabur dalam dunia blogging, sehinggalah dia semakin nampak akan tujuan penulisannya. Memang daripada kecil lagi merupakan seorang yang suka menulis dan membaca.
Kemuncak kegilaan menulis adalah semasa berada di bangku sekolah menengah sehingga pernah menghantar karya kepada beberapa buah majalah. Paling mengembirakan apabila karyanya tersiar dan mendapat bayaran daripadanya.
Semakin lama semakin lari daripada penulisan dan menjadi malas, sehinggalah “kau” hadir memberi semula inspirasi untuk aku menulis kembali. “kau” hadir ketika awal tahun 2007, lansung menggerakkan aku menulis semula dalam lembaran-lembaran kertas.
Sehingga ke hari ini, “kau” masih lagi terus memberi inspirasi dan ketahuilah, “kau” itu adalah kamu. Tanpa kamu, siapalah aku untuk menulis. Teruskan membaca, kerana aku perlukan kamu untuk terus menulis.
Biodata penulis:
- Muhammad Hanifi @ nifi @ beliamuda (ada juga yang memanggil nipi)
- 10-Jan-1989
- Bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Jelawat (1996-2001), Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat (2002), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Transkrian (2002-2004), MRSM Pengkalan Chepa (2005-2006)
- Graduan Jurusan Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Petronas (2007-2012)
- Jurutera Sistem, Yokogawa Kontrol Malaysia (2012- sekarang)
- Aktif menyunting peta Waze secara sukarela sejak November 2012 dan menjadi pengurus kawasan (baca: Area Manager) untuk Kuala Besut dan Kampung Raja di Terengganu serta merupakan pengurus negara (baca: Country Manager) bagi Malaysia sejak Februari 2014.
- Dikenali sebagai seorang yang pemalu, suka mendiamkan diri, tetapi banyak bercakap kalau dah betul-betul rapat dengan seseorang. Jarang bercakap sesuatu yang tidak berkaitan dirinya. Diakui sebagai seorang pendengar yang baik oleh Cikgu BM semasa di Tingkatan Tiga, Cikgu Aina.
- Lain-lain perkara akan tertulis, ditulis atau tersirat dalam entri blog ini.
Saya boleh dihubungi di sini >> [Hubungi]
Pingback: Kenapa Saya Mula Berblog? | beliamuda {dot} com
Pingback: Keterlaluan, Letih, dan Biarkanlah | beliamuda {dot} com
Pingback: [Biasiswa 2010] Program Penajaan Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2009 | beliamuda {dot} com
Pingback: Kenapa Kau Menulis Blog? | beliamuda {dot} com
Pingback: Batuk, Selsema, Demam dan H1N1: Makan Ubat Untuk Kurangkan Simptom | beliamuda {dot} com
Pingback: [Biasiswa 2011] Program Penajaan Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2010 | beliamuda {dot} com
nama sapa duduk mana
Semua dah ada kat atas tu. Jangan malas sangat nak baca.
hahaha~
Anak akak dpt twrn utk foundation intake Jan2013. Soalan akak:
1) Adakah apa2 pinjaman/penaja bg foundation ini? Akak cuma dapat menyediakan duit utk 1 semester sahaja.
2) Sekiranya tawaran ini ditolak, masih ada kah peluang utk dia belajar melanjutkan pelajaran di masa akak datang?
Sebelum saya jawab soalan yang diajukan oleh akak, di manakah foundation yang dimaksudkan?
Ada badan yang menawarkan pinjaman dan penajaan, namun terhad berdasarkan jurusan yang diambil.
betol ke sye dpt duit rm 20.000 ni…….
Tak betul tu.
Salam. saya ingin duduki semula kertas bahasa inggeris kerana kptsn spm saya hanya mendapat c. jadi soalan saya sekiranya saya menduduki semula kertas bahasa inggeris, adakah saya akan mendapat sijil spm yg baru (mengikut kptsn yg terbaru)? atau sekadar mendapat slip spm (warna putih) yg baru. sedangkan kalau nk hantar resume untuk permohonan kerja mereka minta lampirkan sijil spm bukan slip spm. agak rugi rasanya sekiranya saya dpt baiki keputusan bahasa inggeris saya tetapi tidak dpt lampirkan jika tiada sijil spm baru disediakan setelah mengambil semula spm..saya berharap ade penjelasan mengenai ini. terima kasih :)