Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan PMR 2011

Salam sejahtera buat semua.

[Terkini] Tarikh rasmi keputusan PMR 2012!

Banner Semakan Result PMR 2011

Setelah sekian lama pelajar Tingkatan 3 menanti pengumuman tarikh rasmi bagi keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, akhirnya tarikh tersebut telah pun disiarkan. Dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan oleh KPM pada hari ini, keputusan PMR 2011 akan diumumkan pada 22 Disember 2011, Khamis seperti jangkaan awal saya.

Sebelum ini, telah terdapat sebaran surat rasmi yang diedarkan kepada Pengetua semua Sekolah Menengah di Pulau Pinang. Ianya bertarikh 15 Disember iaitu seminggu sebelum tarikh pengumuman rasmi. Cuma agak pelik sedikit apabila siaran kenyataan akhbar tidak disiarkan pada tarikh yang sama. Surat rasmi tersebut boleh rujuk di bawah.

Surat rasmi tarikh umum result PMR 2011

Pada 22 Disember juga, Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakanpada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya. Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292 orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 seperti gambar yang tertera di atas. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011.

Seperti yang telah saya perkatakan berkenaan dengan semakan keputusan PMR 2011 dengan SMS sebelum ini, kemungkinan akan ada sedikit kelewatan dalam proses maklum balas SMS berkenaan seperti yang terjadi semasa semakan UPSR 2011 yang lalu. Pastikan kod arahan semakan keputusan PMR 2011 dengan SMS adalah betul.

beliamuda: Ternyata, khabar angin tarikh keputusan PMR tahun ini meleset sama sekali.

11 thoughts on “Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan PMR 2011

  1. alhamdulillah,akhirnya tidak la saya risau lg memikirkan tarikh tersebut.. moga dpt keputusan yg memuaskan..aminn

  2. Pingback: Semakan Keputusan PMR 2011 Online Secara SMS | beliamuda {dot} com

  3. Pingback: Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2012?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge