Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2011?

Salam sejahtera buat semua.

PMR 2011

Baru sahaja beberapa minggu sejak berakhirnya Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011. Seperti kebiasaan, sebaik sahaja berakhirnya PMR, timbul pula persoalan tentang tarikh pengumuman keputusan PMR 2011. Sudah ada yang mula mengajukan pertanyaan ini kepada saya dalam tulisan tahun lepas.

Nampaknya adik-adik Tingkatan 3 sudah tidak sabar untuk mengetahui keputusan masing-masing, walaupun sebenarnya ramai lebih suka selepas berakhirnya peperiksaan tersebut. Mana taknya, ramai yang mengatakan tempoh selepas berakhir PMR sebagai musim berbulan madu (baca: honeymoon) sebelum mereka perlu menempuh SPM pula pada 2013 nanti.

Semasa berlangsungnya peperiksaan PMR 2011 tempoh hari, PMR 2011 (atau PMR) telah menjadi Trending Topic (TT) di laman Twitter (bagi demografi Malaysia). Rasanya inilah kali pertama PMR menjadi TT di sana. Mungkin juga kerana pengenalan demografi TT.

Dijangkakan, keputusan rasmi PMR 2011 akan diumumkan sebelum perayaan Krismas pada 25 Disember 2011 iaitu pada hari Khamis (22 hb) ataupun pada hari Jumaat (23 hb). Mengimbas kembali pengumuman keputusan PMR 2010, ianya diumumkan pada 23 Disember 2010. Jadi, tarikh pengumuman pada tahun ini berkemungkinan akan lebih kurang sahaja dengan tarikh tahun lalu.

Itulah jangkaan saya. Jika korang ada maklumat yang lebih sahih dan tepat, diharap korang dapat kongsikan dengan kami semua. Err, ada juga ke kes kebocoran soalan/jawapan yang terjadi semasa PMR 2011 seperti yang terjadi semasa UPSR 2011?

beliamuda: Adakah khabar angin berkenaan tarikh keputusan PMR 2011 akan bertiup kencang seperti tahun lalu?

Comments

72 responses to “Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2011?”

  1. ok bah Avatar
    ok bah

    hrp gred sjrh & bm turun….susah bha tu 2 🙁

    1. Deekay Aameyra Avatar
      Deekay Aameyra

      @ok bah, sya sokong!!hHe,,

  2. zana aida Avatar
    zana aida

    Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkan tarikh keputusan peperiksaan
    PMR jatuh pada 22 / 12 / 2011 . Sila sebarkan mesej ini kepada calon PMR yang lain .

    # -,- 10 more days to go GOOOD LUCK!

    1. beliamuda Avatar

      @zana aida, Boleh kongsikan dengan kami adakah terdapat sumber rasmi yang boleh mengesahkan berita ini?

  3. afam Avatar
    afam

    bikin seram jak keputusannya nanti…..

  4. Deekay Aameyra Avatar
    Deekay Aameyra

    Takut sngat nak trIma resu|t..
    Insya-Allah sumA lulus dgan cemerlang,,amIn,,

  5. nemanja vidic Avatar
    nemanja vidic

    hmm…xde pn kmetrian pljrn msia umum tarikh kluaq result pmr 2011???tipu la…slalu sminggu sblum result klau korang ckp 22/12 aribulan ni sminggu sblm tu 15/12 hribulan lpas spatutnye dh umum….hrini dh msok 17 x de umum pape lgi pun..?ishh ape ni…mcm x nk bgi je result..huhu

  6. rocky balboa Avatar
    rocky balboa

    https://p.twimg.com/Ag8MP3qCAAAlYP2.jpg

    atas ni ade bukti kukuh pmr yg diteka teki tarikhnya telah jatuh pda 22disember ni..wlaupun byk yg dh tau..tp msti nk tgk bukti kukuh kn..nah ni sy tnjuk bukti..nk tunggu dorg umum dlm paper/brita mmg lembap..hehe..good luck all PMR 2011 CANDIDATES…!

  7. joe Avatar

    x sabar nk tggu result…

  8. zana aida Avatar
    zana aida

    result pmr 2011 akn di umumkan pd 22.12.2011(khmis).. para pelajar f3 bolehlh mengambil result msing2 selepas jm 10pgi di sekolah msing2..
    —> http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2324

  9. […] telahan awal saya bahawa tarikh keputusan PMR 2011 akan diumumkan pada 22 atau 23 Disember adalah diantara kemungkinan yang paling tinggi. Sama-samalah kita menunggu […]

  10. […] Setelah sekian lama pelajar Tingkatan 3 menanti pengumuman tarikh rasmi bagi keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, akhirnya tarikh tersebut telah pun disiarkan. Dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan oleh KPM pada hari ini, keputusan PMR 2011 akan diumumkan pada 22 Disember 2011, Khamis seperti jangkaan awal saya. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge