Balik Kampung, Menjelang Syawal dan Ucapan SMS Raya

Salam sejahtera buat semua.

bulan sabit

Lebaran yang dinanti tahun ini semakin kunjung tiba. Ramadhan cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi. Semua orang sudah mula dikuasai mood raya. Masing-masing dah mula keluar membeli-belah untuk persiapan raya.

Kalau ada yang bertanya mengenai persiapan raya, rasanya tahun ni sama seperti tahun-tahun sudah. Cuma bezanya kali ini kalau nak bercuti perlu dipohon, bukan diberi cuti panjang seperti cuti pertengahan semester bagi kebiasaan pelajar universiti (ataupun pelajar sekolah). Maklumlah, sekarang ni sedang berpraktikal.

Tarikh melihat anak bulan syawal 1431/2010

Mengikut business calendar Celestica, cuti sepatutnya bermula pada 9hb. Namun, dengan alasan mahu pulang ke Kelantan (perjalanan jauh), dapatlah juga cuti awal sehari pada 8hb. Lepas tu berani pula minta cuti sampai habis seminggu lepas raya (kalau dah SV bagu lulus, siapa yang tidak mahu kan).

“cuti dua hari dah la”

“kalau seminggu tak boleh ke Abang Farid?”

“hmm, ikutlah. Kalau hang pa tak mai bukan saya kena bayar pun. Tak mai terus pun tak pa”

Lalu kami berdua gelak sambil tersenyum (saya dan Ashraf). Nadarajan (SV nombor 2 tidak bertauliah) pun setuju je dengan cuti seminggu tu. (gua bengang betul la dengan dia ni)

Kebetulan, 8hb adalah hari melihat anak bulan Syawal untuk tahun ni. Sempat jugalah mendengar pengumuman raya pada malam tu dengan keluarga.

Ucapan SMS raya secara pukal

Satu benda yang biasa dilakukan pada malam raya dan hari raya adalah menghantar sms ucapan raya kepada rakan-rakan. Kadag-kadang tu, lepas berbuka hari terakhir puasa pun terus hantar mesej.

Fenomena ni telah memaksa syarikat telco untuk menutup servis notifikasi sms pada waktu puncak seperti Hari Raya Aidilfitri. Tak kisahlah ada notifikasi ke tak, sms tetap dihantar kepada kawan-kawan sebagai pengganti kepada kad raya.

Jangan jadi masalah servis terganggu dengan teruk seperti yang berlaku kepada Celcom pada musim perayaan tahun lepas dah la.>

beliamuda: nak dengar lagu raya… + jom layan iklan raya petronas

6 thoughts on “Balik Kampung, Menjelang Syawal dan Ucapan SMS Raya

Leave a Reply to Wan Pai Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge