Apabila Celcom mengalami masalah di seluruh negara

Salam sejahtera buat semua.

celcom_axiata_logo

Logo adalah hak milik CELCOM

Semalam, pengguna Celcom di seluruh Malaysia mengalami gangguan servis terutama dalam menerima dan membuat panggilan. Keadaan ini telah menimbulkan keresahan kepada pengguna Celcom yang aktif menggunakan panggilan terutama di musim perayaan kali ni.

Setiap kali musim perayaan, pasti telco-telco diseluruh Malaysia akan mematikan sistem notifikasi SMS bagi mengelakkan kesesakan dan beban kepada sistem mereka. Pada masa inilah, jumlah penghantaran SMS akan meningkat berlipat berkali ganda. Pelbagai ucapan SMS akan dihantar sesama pengguna.

Pada malam raya tempoh hari, saya sendiri mengalami kesukaran untuk menghantar SMS menggunakan talian Celcom. Masalah sama turut dihadapi talian Maxis, tapi tidak seteruk talian Celcom. Tambahan lagi, berlaku kelewatan penghantaran SMS yang ketara pada talian Celcom.

Masalah dengan talian Celcom

Saya sendiri tidak perasan dengan masalah ini kerana sibuk dengan majlis kenduri kahwin sepupu saya sehinggalah semasa saya berada di rumah bapa saudara untuk berehat melepaskan lelah.

Pada masa itu, bapa saudara saya bertanyakan tentang line Celcom. Dia tidak dapat membuat panggilan telefon kepada rakannya yang sedang dalam perjalanan ke rumahnya. Masa tu, saya tengok liputan Celcom ok je.

Selepas tiba di rumah lewat petang barulah saya tahu Celcom sedang mengalami masalah dengan sistem mereka [via twitter]. Nasib baik, sistem di kawasan saya berada pulih lebih awal. Sekitar pukul 6, panggilan telah dapat dilakukan tanpa sebarang masalah.

Peningkatan lima kali ganda

Menurut kenyataan rasmi oleh CEO Celcom Malaysia Berhad, kegagalan ini berpunca daripada peningkatan lima kali ganda kadar penggunaan semasa Aidilfitri. Perkara ini menyebabkan masalah lebih muatan (baca: overloading) pada sistem nod rangkain yang seterusnya menyebabkan kehilangan isyarat (baca: signal).

Berikut adalah kenyataan penuh yang disiarkan secara popup dalam laman web rasmi Celcom.

With reference to the above, Celcom (Malaysia) Berhad would like to acknowledge that its customers nationwide had been experiencing some service interruptions in receiving and making calls within our network.
However, other services such as SMS, email, GPRS, mobile broadband, roaming, IDD and calls to other networks and fixed line were not affected.
The failure was mainly due to heavy call volume which increased by 5 folds during the festive period. As a result, some of our major network nodes experienced a sudden overloading, causing a loss of signal between the nodes.
It is really unfortunate that these nodes, located at two different locations namely Kepong and Perda, Seberang Prai were both affected at the same time.
As of 9.00pm 24 September 2009, service is being gradually restored nationwide and Celcom customers can now enjoy uninterrupted service once again. We sincerely apologize for any inconvenience that this has caused to all our customers.
YBhg. Dato’ Sri Shazalli Ramly, Chief Executive Officer of Celcom (Malaysia) Berhad

Sepatutnya, pihak Celcom telah boleh mengjangkakan peningkatan kadar penggunaan. Saya pasti mereka sudah mempunyai statistik tabiat penggunaan terutama di musim perayaan. Sebagai salah satu telco terbesar di Malaysia selain Maxis, Celcom sepatutnya lebih bersedia dalam menghadapi peningkatan mendadak trafik di musim perayaan.

beliamuda: kalau dah guna dua nombor, Maxis dan Celcom, senanglah nak banding mana satu yang lebih bagus.. DiGi pula macam mana ya? Ada terjejas juga ke?

36 thoughts on “Apabila Celcom mengalami masalah di seluruh negara

  1. Sialcom jd teruk sejak bergabung dgn TELEKOM. Aku semua talian pernah pakai dlm Malaysia ni sejak 1999 lagi dari ADAM (017),Digi,Sialcom, Maxis. Dari harga satu simcard tahun 1999 dahulu RM200 hinggalah sekarang ni harga Simcard cuma RM8.00, hampeh punya kapitalis.

    Sialcom mmg sudah teruk bukan disebabkan pelanggan makin bertambah. Mmg bisnis utk tambah pelanggan, jd tak timbul soal bertambah pengguna.

    Apa bukti Sialcom dah teruk?, kejadian Sialcom takde coverage masa raya hr tu mmg menjatuhkan imej diaorang. Pada hr berikutnya, CEO selcom yg rock tu umum selcom sedang dlm upgrading process, padahal dia nak cover kelemahan kompeni dia.

    Kalau dia nak upgrade secara besar-besaran kenapa dia tak maklumkan melalui SMS pd pengguna? biasanya mana2 kompeni telepon mmg akan buat camtu.

    La ni, Celcom Beruk Band pulak problem. Masa bulan Jun 2009, harga berukband tu RM299, la ni tinggal RM169, sebabnya dah ramai org terminate internet celcom berukband kerana WIMAX dah masuk. Aku antara yg terminate celcom berukband tu. Streamyx pun sama.

    masa aku nak terminate streamyx, mcm2 pekerja kat frontdesk tu tanya aku, sebab apa nak potong? sebab apa nak potong?
    camna aku tak potong, dah lebih 30 hari dan 3 aduan aku buat tapi takde respon, dah tu kena bayar plak bil streamyx sepanjang tempoh tu.

    Inilah keluhan aku kat perkhidmatan kat malaysia ni yg hampeh. La ni aku pakai Digi, coverage blh tahan dan service baguih jugak. WIMAX pun dah daftar cuma belum dapat.

    harap2 info ni berguna.

    • aku setuju bebenar pasai broadband tu…
      ramai yang komplen pasai berukband celcom nih…
      tp smpai skrg ak tgk xde buat pembaharuan pon…

      ak pakai maxis broadband…jaaaaaaaaaaaaaaaaaaauh lebih bagus!

    • @kazumin aziman, terima kasih di atas perkongsian… dah banyak pengalaman ni lain sikit dengan pengguna baru macam saya ni.. saya setuju dengan kenyataan celcom agak lemah dari segi perkhidmatan.. tak tahu la kenapa masih ramai sanggup bertahan dengan celcom.. saya sendiri pakai dua nombor dan celcom sebagai nombor kedua.. tu pun sebab ramai sangat kawan dah pakai celcom (upax)…

  2. senang je nak cakap, technology tidak sesempurna ciptaan Allah jd dalah hal ini jika sudah ketentuan dia nak down maka terjadi juga walaupun pelbagai langkah telah di ambil dan insiden ini telah dijangkakan dalam meeting dgn CEO.

    alasan pengguna mendadak mmg betul disebabkan setiap server ada limit utk dia handle sms dan juga call, contoh sempoi setiap server boleh handle 100 transaksi SMS dan Call setiap minit jika lebih dari itu dia akan down, begitu la contoh paling ringkas.

    ini lah yg terjadi jika kita terlalu depand on technology.

    adalah hak anda semua utk panggil apa saja sialcom atau berukband tetapi pernah tak anda siasat dimana asal susur galur celcom.

    let me make this simple:
    1. celcom – initially Malay company taken over by GOV utk diselamatkan kemudian GOV lepas kan semula (itulah kes Celcom acquire by Telekom, and now keluar semula dari Telekom kepada TMI dan tukar kepada Axiata)

    2. Maxis – haaa citer menarik, sokonglah syarikat yg dimonopoli Ananda Krishnan. kita yang melayu selalu tgk news bila bangsa lain hidup senang kita geleng pala kenapa melayu tak senang, jawapannya fikir sendiri

    3. Digi – JV between Dutch telekom dan juga taiko cina Vincent Tan dibawah syarikat Berjaya Group

    apa pun semua itu hak anda, komen-komen juga tapi biarlah komen berasas dan berinfo sebab takut nanti ludah kelangit kene muka sendiri.

    Bare in mind tidak ada teknologi yang sempurna, ibarat kereta jika diservis ikut jadual sekali pun jika nak rosak bila-bila boleh rosak.

    *pernah pikir tak kenapa celcom tetiba down teruk setelah pengumuman nak up semula MAXIS dalam BSKL di buat beberapa minggu sebelum itu…renung-renung kan
    .-= Sr Ahmad Nor Azlie Ramli MISM´s last blog ..Paragon 202 at Lestari Putra Seri Kembangan =-.

    • @terry bogart, betul tu.. ramai juga yang tak dapat tahan sangat dah.. mereka semua tahu fakta tu, tapi apakan daya.. pada masa saat terpenting ia berlaku, sape tak marah kan?

  3. Pingback: Balik Kampung, Menjelang Syawal dan Ucapan SMS Raya | beliamuda {dot} com

  4. I see you don’t monetize your blog, don’t waste your traffic,
    you can earn extra bucks every month because you’ve got high quality content.
    If you want to know how to make extra money, search for:
    Ercannou’s essential adsense alternative
    BestPaige´s last blog about ..BestPaigeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge