Iklan Raya PETRONAS 2010 – Antara Dua Kampung

Salam sejahtera buat semua.

iklan-raya-petronas-2010

Akhirnya, keluar jugak Iklan Raya PETRONAS untuk tahun ni. Dah tengok iklan raya terbaru daripada PETRONAS kali ni? Jom tengok video tersebut di bawah.

Amacam? Rasa lain sekali iklan raya PETRONAS untuk kali ni. Dengan menggunakan stail klasik hitam putih ala-ala filem P.Ramlee (pelakon lelaki tu pun iras-iras macam P.Ramlee), iklan kali ni nampak lebih enjoy berbanding iklan-iklan tahun sebelumnya yang lebih perlahan dan emosional.

petronas-raya-tvc

Dengan tajuk “Antara Dua Kampung”, iklan raya PETRONAS 2010 90 saat ini menampilkan sepasang suami isteri yang berada dalam konflik ke mana untuk merayakan Aidil Fitri, dengan pengakhiran yang melucukan tapi sarat dengan mesej bahawa tidak terlalu penting di mana Hari Raya dirayakan selagi keluarga tetap bersama dalam semangat kepedulian, bertolak ansur dan saling memahami.

beliamuda: Pernah tengok orang angkat rumah tak?

18 thoughts on “Iklan Raya PETRONAS 2010 – Antara Dua Kampung

  1. salam,,,,

    pernah, kat sarawak n melaka selalu tgk org angkat rumah.. tapi takdelah letak atas lori…alihkan rumah ke tempat lebih tinggi je.. selalunya beramai-ramai angkat tiang rumah tu… 🙂

  2. Pada pendapat peribadi aku la, secara keseluruhannya, takde satu pun iklan raya tahun ni yg sgt best..even iklan petronas ni…sekadar ok2 aje.. rasanya ramai lagi pengarah2 malaysia yg berbakat cuma belum diberi peluang kot..

    pasal angkat rumah tu, dulu aku dgn org2 kampung ramai2 pindahkan rumah arwah & atuk nenek aku. kita org angkat rumah tu & letak atas papan2 yg bawahnya ada batang2 kayu bulat yg dijadikan roda..so ramai2 tolak rumah tu pelahan-lahan 🙂

  3. iklan raya yng agak santai tapi padat denga mesej…iklan terbaik untuk raya kali ini saya rasa PKNS yang paling menyentuh hati…banyak mesej dan begitu menyentuh perasaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge