Inilah yang Dikatakan Raya Selama Sebulan!

Salam sejahtera buat semua.

Riuh Raya ERAthon

Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri telah menjadi satu trend untuk dirayakan selama sebulan dengan amalan rumah terbuka. Walaupun sambutan hari raya yang sebenar hanya disambut pada 1 Syawal sahaja, namun ini tidak menjadi menghalang.

Kebiasaannya, rumah terbuka yang mengisi sebulan raya diadakan oleh badan-badan korporat ataupun organisasi bagi meraikan ahli-ahli  mereka. Mungkin ada juga individu yang mengadakan rumah terbuka, namun ianya tidak serancak seperti di awal bulan Syawal.

Continue reading

Kunjung-Mengunjung di Aidilfitri

Salam sejahtera buat semua.
Dah beberapa hari Hari Raya Aidilfitri berlalu, namun kemeriahan Syawal masih lagi dirasai. Paling jelas, jalan raya sesak di segenap cabang. Terlalu banyak kenderaan di atas jalan.
Berbeza dengan hari pertama, jalan lebih lengang. Hari raya pertama lebih diraikan bersama ahli keluarga terdekat. Selepas itulah baru beraya, yang sedikit sebanyak menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.
Saya sendiri banyak keluar beraya ke rumah saudara-mara. Pagi ini awal pagi lagi sudah keluar rumah kerana ada majlis bercukur. Kenduri-kendara pun apa kurangnya. Kenduri kahwin banyak jugak yang diadakan di musim perayaan kali ini.
Cukuplah setakat ini. Kemaskini secara mobil ini dikuasakan oleh HTC Desire S dan Maxis broadband.

Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri (Bahagian 2)

Salam sejahtera buat semua.

Kad Raya 2009

Telah beberapa hari berlalu sejak saya berkongsi dengan rakan-rakan semua koleksi ucapan kad raya, bahagian pertama. Kali ini, saya teruskan lagi dalam bahagian kedua sebagai kesinambungan disamping Hari Raya Aidilfitri yang bakal kunjung tiba dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Tanpa berlengah, kita teruskan ke gamba-gambar rekaan kad raya yang saya temui, kali ini daripada Flickr [beliamuda].

Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri (Bahagian 1)

Salam sejahtera buat semua.

kad ucapan selamat hari raya

Semenjak di awal Ramadhan 1432H, ramai yang telah mencari kad ucapan raya. Nampaknya, ada yang di awal puasa lagi dah mula merasakan mood raya. Kalau tak, masakan dicari kad-kad untuk ucapan Selamat Hari Raya.

Selari dengan peningkatan penggunaan Internet, makin ramai yang menggunakannya sebagai medium untuk berkomunikasi. Sampai kad raya pun nak dicari secara dalam talian. Lagipun, dalam talian ni biasanya percuma je untuk dapatkan benda-benda yang kita nak, sama ada dengan cara yang betul mahupun salah.

Continue reading