Salam sejahtera buat semua.
Lebaran yang dinanti tahun ini semakin kunjung tiba. Ramadhan cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi. Semua orang sudah mula dikuasai mood raya. Masing-masing dah mula keluar membeli-belah untuk persiapan raya.
Kalau ada yang bertanya mengenai persiapan raya, rasanya tahun ni sama seperti tahun-tahun sudah. Cuma bezanya kali ini kalau nak bercuti perlu dipohon, bukan diberi cuti panjang seperti cuti pertengahan semester bagi kebiasaan pelajar universiti (ataupun pelajar sekolah). Maklumlah, sekarang ni sedang berpraktikal.
Tarikh melihat anak bulan syawal 1431/2010
Mengikut business calendar Celestica, cuti sepatutnya bermula pada 9hb. Namun, dengan alasan mahu pulang ke Kelantan (perjalanan jauh), dapatlah juga cuti awal sehari pada 8hb. Lepas tu berani pula minta cuti sampai habis seminggu lepas raya (kalau dah SV bagu lulus, siapa yang tidak mahu kan).
“cuti dua hari dah la”
“kalau seminggu tak boleh ke Abang Farid?”
“hmm, ikutlah. Kalau hang pa tak mai bukan saya kena bayar pun. Tak mai terus pun tak pa”
Lalu kami berdua gelak sambil tersenyum (saya dan Ashraf). Nadarajan (SV nombor 2 tidak bertauliah) pun setuju je dengan cuti seminggu tu. (gua bengang betul la dengan dia ni)
Kebetulan, 8hb adalah hari melihat anak bulan Syawal untuk tahun ni. Sempat jugalah mendengar pengumuman raya pada malam tu dengan keluarga.
Ucapan SMS raya secara pukal
Satu benda yang biasa dilakukan pada malam raya dan hari raya adalah menghantar sms ucapan raya kepada rakan-rakan. Kadag-kadang tu, lepas berbuka hari terakhir puasa pun terus hantar mesej.
Fenomena ni telah memaksa syarikat telco untuk menutup servis notifikasi sms pada waktu puncak seperti Hari Raya Aidilfitri. Tak kisahlah ada notifikasi ke tak, sms tetap dihantar kepada kawan-kawan sebagai pengganti kepada kad raya.
Jangan jadi masalah servis terganggu dengan teruk seperti yang berlaku kepada Celcom pada musim perayaan tahun lepas dah la.>
beliamuda: nak dengar lagu raya… + jom layan iklan raya petronas…
cuti seminggu?
ini tidak adil
esok nak berusaha untuk memanjangkan cuti
mintak-mintak lah dapat
uitm dah start cuti…
seminggu before raye
dengan seminggu after raye
heaven…
selamat hari raya bro…
hai org atas..apsal ciplak nama aku haha
hermm..aku rase tahun mgkin kurang org hantar msj kat aku sbb aku mls reply haha
hazwan´s last blog about ..Plaza Gurney- Bukan Tempat Membeli-Belah
Selamat Hari Raya nipi..
(jeles sebab anda cuti lama)
bagus betul sv anda itu.. hahaha… xD
Pisyek´s last blog about ..Hidup seorang blogger – Top 15
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..Maaf Zahir dan BAtin