Salam sejahtera buat semua.
Mulai tahun 2010, PETRONAS telah melakukan sedikit perubahan dalam sistem penajaan pelajar di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Saya sebagai pelajar UTP yang bukan dibawah tajaan PETRONAS tidak menyedari hal ini kecuali apabila hal permohonan biasiswa PETRONAS dibuka tempoh hari dan juga apabila timbulnya masalah daripada sistem ini.
Berikut adalah luahan wakil pelajar ambilan Januari 2010 yang disiarkan dalam Harakah Daily.
Pelajar UTP kecewa layanan Petronas
Wakil pelajar Jan 2010
Saya mewakili pelajar lepasan SPM 2009 yang kini sedang menuntut di Universiti Teknologi Petronas (UTP) kemasukan Januari (menggunakan keputusan percubaan SPM), ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan kepada kami.
Untuk pengetahuan tuan, kami disenaraipendekkan untuk belajar di UTP melalui temuduga dan keputusan percubaan. Mengikut faktanya, semua pelajar kemasukan Januari dan juga Mei lepas telah ditaja penuh oleh Petronas.
Namun, berbeza pada tahun ini 2010 kerana kami dimaklumkan bahawa terpaksa belajar dengan tanggungan sendiri pada semester pertama dan dijanjikan biasiswa untuk semester kedua (bersama dengan kemasukan Mei 2010).
Walau bagaimanpun, ramai yang terkejut dengan keputusan biasiswa Petronas yang baru dikeluarkan. Hanya 68 orang daripada sekitar 300 pelajar yang ditaja oleh Petronas sedangkan kami semua dijanjikan biasiswa tersebut sekiranya keputusan SPM kami mencapai atau melebihi 9A. Ramai pelajar yang mencapai 10A+ ke atas tidak mendapat tajaan tersebut.
Tambahan lagi, ada sebilangan kecil pelajar yang mana ibu bapanya sanggup berhutang untuk membayar semester pertama dengan harapan ditaja bagi semester kedua berdasarkan apa yang dijanjikan oleh Rektor Universiti Teknologi Petronas, Datuk Dr Zainal Abidin.
Apa yang mengejutkan, pelajar yang mana ibu bapanya sanggup berhutang telah mendapat keputusan yang amat cemerlang iaitu 13A dalam peperiksaan SPM 2009 akan tetapi tidak mendapat biasiswa Petronas.
Berita ini telah mengecewakan ramai pihak kerana kami telah membayar sebanyak RM5,692 dan juga RM720 untuk yuran pendaftaran untuk semester pertama. Lebih-lebih lagi dengan kos hidup yang tinggi di sini. Kami semua (termasuk ibu bapa) telah merasa begitu bangga kerana layak untuk menjejak kaki di UTP ini, tetapi kami dilayan sebegitu rupa. Disebabkan keadaan ini, ada yang telah keluar daripada sini dan memasuki matrikulasi dan IPTA. Mereka telah membazir masa dan wang yang banyak. Kami seolah-olah dipermainkan dan diperniagakan.
Untuk pengetahuan tuan, kemasukan Mei 2010 ini, majoritinya ditaja oleh Petronas. Memang benar PTPTN ada memberikan pinjaman kepada pelajar IPTA dan IPTS , namun pinjaman yang diberikan setiap tahun tidak dapat menampung yuran pengajian yang agak mahal berbanding IPTA.
Untuk pengetahuan tuan, yuran bagi satu tahun pengajian asasi adalah sebanyak RM14,235. Apa yang dimaklumkan kepada kami, PTPTN hanya memberikan pinjaman maksimum sebanyak RM7,000 bagi setahun pengajian asasi . Hal ini jelas bahawa pinjaman yang diberikan oleh PTPTN tidak cukup untuk membiayai kos pengajian asasi selama setahun di sini.
Selain itu , kami telah membuat beberapa perbincangan dengan wakil pelajar UTP dan Education Support Unit (ESU) daripada KLCC. Akan tetapi kertas kerja yang dibuat oleh wakil pelajar UTP tidak dilayan oleh piihak ESU. Kami begitu kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak Petronas iaitu sebuah badan kebajikan dan mempunyai ‘social responsibility’ yang tinggi namun sanggup tidak menepati janji.
Akhir sekali, kami berharap agar pihak tuan dapat membantu dengan mencari jalan penyelesaian agar pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan dari segi kewangan seperti kami dapat meneruskan pengajian di sini. Kami juga berharap dengan pennyebaran masalah ini dalam media massa dapat menyedarkan pihak Petronas dan UTP atas masalah sebenar yang kami hadapi.
Sekian terima kasih.
Ulasan Penulis
Mengikut pengalaman saya yang lalu (terutama bagi pengambilan Jan), pelajar yang diambil masuk menggunakan keputusan percubaan SPM. Tidak kiralah anda masuk untuk biasiswa PETRONAS ataupun MARA (dua penaja besar di UTP), anda tetap perlu melalui temuduga oleh pihak UTP dan ESU (khas untuk biasiswa PETRONAS).
Saya tidak pasti apakah rasional UTP dan PETRONAS melakukan sistem sedemikian, tetapi mungkin ianya untuk mengurangkan masalah pelajar yang akan keluar selepas keputusan SPM sebenar diumumkan (sama ada ke luar negara, tidak minat atau lain-lain).
Satu perkara yang perlu disedari ialah UTP adalah IPTS. Sebuah IPTS tidak mendapat bantuan daripada kerajaan seperti mana IPTA. Sebab itulah yuran pengajian dan tuisyen jauh lebih mahal.
Dilaporkan dalam blog MPPUTP berkenaan isu ini, terdapat sekitar 70 pelajar yang gagal melengkapkan borang permohonan untuk biasiswa ini pada bulan Mac tempoh hari. Siapa yang salah dalam hal ini? Sendiri mahu ingat la.
Mengikut keadaan semasa, terdapat pelajar yang terpaksa menamatkan pengajian disebabkan tidak mampu untuk membayar yuran seperti yang telah ditetapkan. Saya hanya mampu memberikan simpati saya untuk hal ini.
Di UTP, bukan PETRONAS sahaja yang memberikan biasiswa (sebenarnya pinjaman boleh ubah), tetapi terdapat badan lain yang turut memberikan pinjaman dan biasiswa seperti MARA, JPA, PTPTN, MISC dan lain-lain. Jadi, cubalah untuk pergi kepada pihak ini.
Satu lagi peringatan, PETRONAS bukanlah organisasi kebajikan. PETRONAS adalah badan korporat. Mereka juga perlu memastikan kelangsungan PETRONAS yang diberikan tanggungjawab menguruskan hasil petroleum negara. Sedarlah yang PETRONAS sedang melalui cabaran getir sama ada dari dalam mahupun luar.
beliamuda: Melihat kepayahan pelajar tajaan PETRONAS untuk intern di plant dan pejabat PETRONAS.
kenapa UTP ni tak jaga student? kesian la student yang jauh dari keluarga utk dapatkan ilmu tetapi kebajikan dan kewangan tak terjamin,,tak seperti apa yg didengar..INDAH KHABAR DARI RUPA
@james bond, anda batch mana? ada masalah berkaitan ke sekarang ni?
Assalamualaikum wbt. Mohon izin, saya ingin bertanya. Bagaimanakah keadaannya belajar di UTP? Saya salah seorang peserta interview EDUCAMP UTP untuk pengambilan bulan Jan ini, saya rasa sedikit nervous kerana mungkin ramai lagi layak dari saya untuk belajar di UTP ini. Mohon jawab 🙂 terima kasih
Anak sy ada student jan intake di utp…..mcm mana klu dia x dpt mana2 biasiswa untuk sem ke 2 ini…. ada ke cara lain utk memohon….
Salam..pada pendapat aku Petronas ni bukan bagus pun.Kalau korang tau kemana duit tu masuk n kluar mesti korang marah dgn Petronas.Hasil minyak tu milik umat Islam d Msia,or milik rakyat Malaysia.Petronas amik hasil tu n then tukar dengan US dollar yg x brnilai tu.dri duit tu la diorg bg bbrp percent kt kerajaan utk bg mkn kt menteri2 diorg.dri duit tu la diorg bg ‘pinjam’ pulak kt student2 UTP yg malang ni.Kenapa diorg kene berhutang pulak pdhal duit tu sbnrnya milik rakyat Malaysia?Aku yakin sbnrnya Petronas ni pun milik Yahudi mcm Exxon n Shell tu jgak.Fikir2kan…
Sama-samalah kita fikirkan.