Bermain Pac-Man di Laman Google

Salam sejahtera buat semua.

Google Pac-Man

Inilah Google Doodle yang paling interaktif pernah dikeluarkan oleh Google. Kalau selama ni hanya gambar pegun yang mengisi Google Doodle, namun kali ini satu permainan interaktif, Pac-Man telah mengisinya.

Anda hanya perlu ke laman Google dan memulakan permainan. Anda boleh terus bermain walaupun telah kehilangan “nyawa” hanya dengan menekan butang “Insert Coin”. Dengan dua kali klik pada butang “Insert Coin”, pemain akan dibawa kepada mode multiplayer dengan kehadiran Ms. Pac-Man. Jom main~

Fakta:

  • Google Doodle kali ini adalah sempena ulang tahun ke-30 Pac-Man.
  • Permainan Pac-Man ini akan bertahan selama 48 Jam mulai 21 Mei (waktu US).
  • Pepijat (bug) asal Pac-Man turut dimasukkan sama seperti permainan asal. Kalau anda tahu pepijat tersebut, jangan lupa untuk mengeksploitasinya.
  • Untuk multiplayer, Pac-Man akan dikawan dengan kekunci Arrow, sementara Ms. Pac-Man dengan kawalan kekunci WASD.
  • Pemain yang menghabiskan permainan akan dibawa ke carian “Pac-Man 30th Anniversary”.
  • Beberapa syarikat melaporkan penurunan produktiviti pekerja sejak Pac-Man dimasukkan sebagai Google Doodle dan telah menghalang akses sementara ke Google.

beliamuda: Permainan yang klasik dan ianya sangat diminati oleh Mama saya~ ^_^

13 thoughts on “Bermain Pac-Man di Laman Google

  1. Pingback: Bermain Google Pacman Untuk Selamanya | beliamuda {dot} com

  2. Pingback: Google Doodle–Video Bersempena Ulang Tahun Kelahiran John Lennon | beliamuda {dot} com

  3. Pingback: Google Doodle: Animasi Selaman Dasar Laut | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge