Salam sejahtera buat semua.
Baru-baru ini Times Higher Education-QS World University Rankings telah mengeluarkan senarai kedudukan 200 universiti di Asia untuk tahun 2010. Ranking penuh ini boleh dirujuk di laman Top Universities.
Berikut adalah petikan berita yang diambil daripada Malaysiakini:
Senarai Asia: UM, UKM terus jatuh
Universiti-universiti utama di Malaysia terus jatuh beberapa takuk dalam senarai Kedudukan 200 Universiti Asia yang dijalankan oleh Times Higher Education-QS World University Rankings.
Antaranya adalah Universiti Malaya (UM) yang jatuh ke kedudukan 42 berbanding 39 yang didudukinya pada 2009.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga jatuh daripada kedudukan 51 kepada 58 untuk berada di tangga yang sama dengan National Central University, Taiwan dan Universiti Ateneo de Manila dari Filipina.
UM yang satu ketika dianggap universiti terunggul negara adalah antara 100 universiti terbaik di dunia pada senarai 2004 tetapi terkeluar daripada senarai itu pada 2006.
Bagaimanapun Universiti Putra Malaysia (UPM), berjaya memperbaiki kedudukannya daripada 90 kepada 77, manakala Universiti Islam Antarabangsa (UIA) merosot daripada 156 kepada 201.
Universiti Sains Malaysia (USM), yang diberi taraf Universiti Apex pada 2009, kekal pada kedudukan 69 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga kekal pada tangga 82.
Kajian yang berpangkalan di UK itu meletakkan University of Hong Kong ditangga teratas dan diikuti oleh Hong Kong University of Science and Technology.
National University of Singapore pula berjaya menduduki tempat ketiga.
Mengikut ranking ini, berikut adalah susunan kedudukan universiti di Malaysia untuk tahun 2010 (yang terdapat dalam senarai ranking 200 universiti Asia):
- Universiti Malaya (UM) – 42 (180)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – 58 (291)
- Universiti Sains Malaysia (USM) – 69 (314)
- Universiti Putra Malaysia (UPM) – 77 (345)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – 82 (320)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – 151
Daripada senarai universiti di atas (semua IPTA), tiada satu universiti pun yang berada dalam senarai 100 universiti teratas di dunia. Lihat senarai kedudukan 100 universiti di dunia (tahun 2009).
beliamuda: UTP di mana ya? ~_~
mungkin Universiti swasta tidak dimasukan dalam pemantauan dorg kot…
.-= Bro Framestone´s last blog ..[Breakfast]Nasi Goreng Sambal Petai =-.
hoyeh!! UPM naik!!
go go UPM!!
.-= mokteh´s last blog ..Mokteh Kena ‘Tanda’! =-.
mantap hongkong!… 3 universiti dia tersenarai top 5….
malaysia? yeahhh……!!!
UiTM tetap da best..
Ranking terbaru Uni(mayB) dan buat bandingan world ranking he he he he…… semak dulu yg ini.
http://www.webometrics.info/top100_continent.asp?cont=SE_Asia
@naw1074, Tak tau…mungkin tak sama dengan yg ini
http://www.topuniversities.com/university-rankings/asian-university-rankings/overall
@naw1074, yang webometrics ni ranking website universiti mana paling banyak diakses dari segi tesis, kertas projek.
muhdzahari´s last blog about ..Jadi terkenal sekelip mata- dengan Facebook
Mengapa UUM tidak tersenarai antara 200 universiti terbaik di asia???UUM merupakan universiti pilihan bagi pelajar antarabangsa dan juga pelajar tempatan serta mempunyai kemudahan yang mengagumkan,begitu juga dari segi akademik dan kokurikulum.UUM juga membawa satu fenomena baru dalam dunia pengurusan bukan sahaja di Malaysia malah di dunia juga amnya.Suasana yang indah,disamping jauh dari persekitaran sosial muda-mudi masa kini,UUM merupakan medium terbaik untuk bakal mahasiswa menyemai sikap tanggungjawab sebagai belia di samping mengejar cita-cita.Sepatutnya pihak pengurusan universiti di Malaysia ataupun dunia perlu mempertimbangkan mengenai kedudukan UUM masa kini.Wassalam.(student UUM)
don’t be so bitter. I am UUM students too. And I think the answer is so-obviously-d***-clear. How do you think lecturers usually feel when they receive our assignment, in general? And who, in UUM, ever made his/her dissertation into masterpiece that eventually became a must-have in any course, became a topic in international level, and having that idea brought up into international level? Well, enough said. UUM itself is so-d***-good and supporting its students very well in every term, like u mentioned above. But, the question is, how many are there, UUMians ever take this fortune?
mcm mana nak dpt ranking uni dlm bahagian kajian sains yg dipatenkan di MYS? siapa boleh tlg Amy ni?
@Amy, kurang pasti. mungkin kena berurusan dengan pihak MYS terus.
owh…..wow!! that’s great…..tp klu bole tau UMS ranking bpa??
UiTM is the best…. walaupon x de dlm senarai tapi nie lah satu2 nye university yang paling unik kat DUNIA kerana ia berasaskan bangsa.. renungkan