SPM guna sistem gred baru

Salam sejahtera buat semua.

grade spm

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah lama saya tinggalkan. Tiga tahun telah berlalu. Saban tahun, peningkatan pelajar yang mendapat semua 1A, A dan apatah lagi lulus telah meningkat dengan drastik lagi. Seiringlah dengan peningkatan kualiti pendidikan walaupun masih banyak lagi anak-anak melayu kita tak kira di bandar mahupun kampung masih leka dengan benda-benda lain.

Dengar cerita orang-orang kampung saya dulu, masa generasi mereka kalau dapat lulus SPM pun dah kira sangat bagus. Susah sangat la masa tu nak lulus SPM. Dengan kelengkapan yang serba kekurangan. Dulu mana ada buku-buku rujukan yang berlambak macam sekarang dengan bank-bank soalan yang banyak.

Terkejut juga beberapa hari lepas terbaca tentang penggredan baru untuk SPM. Penggredan yang ditingkatkan bagi membezakan pelajar yang betul-betul cemerlang diantara yang cemerlang. Semua cemerlang la kan.

Untuk gred baru, boleh rujuk jadual berikut:

Gred Sedia Ada

Gred Baru

A+

1A

A

2A

A-

3B

B+

4B

B

5C

C+

6C

C

7D

D

8E

E

9G

G

Penilaian baru itu, pelajar akan diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori cemerlang diberikan gred A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. Gred baru itu akan menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G seperti di atas.

Dengan perubahan dalam perincian pencapaian ini, dirasakan akan ada perubahan besar dalam pecahan pelajar cemerlang. Kalau sebelum ni, bilangan semua 1A dikatakan cemerlang, untuk mendapatkan kesemua A+ bukan sesuatu yang mudah.

Kemungkinan markah untuk A+ ini adalah sekitar 90 ke atas. Tapi, ini mungkin juga bergantung kepada pencapaian keseluruhan pelajar pada tahun tersebut. Tentu kita biasa dengar macam mana gred direndahkan atau ditinggikan bergantung kepada tahap pencapaian pelajar pada tahun tersebut.

Sistem baru ini akan bermula dengan pelajar SPM 2009. Pelajar-pelajar yang tergolong dalam golongan paling cemerlang ini akan mempunyai peluang lebih cerah untuk mendapatkan pembiayaan pembelajaran selepas SPM. Kalau tengok keadaan sekarang, terlalu ramai pelajar mendapat 1A sehinggakan ada yang merungut kenapakah pelajar tersebut tidak mendapat pembiayaan selayaknya.

Satu keburukan yang pada pandangan penulis ialah pengukuhan lagi sikap pelajar ke arah berorientasikan peperiksaan. Pastinya lebih ramai akan berlumba-lumba mendapatkan keputusan paling cemerlang ni. Diharapkan golongan paling cemerlang ini menafikan segala tanggapan buruk tersebut.

beliamuda: tak dapat nak jejak kaki kat PWTC pada tahun 2007…

76 thoughts on “SPM guna sistem gred baru

  1. macam lebih susah nak lulus jer…. and bertambah gred bermakna……… markah akan diperkecilkan….??? akan dibahagi sama rata tuk gred2 tul x? payah tu…. dah la spm tahun nie…..
    .-= Feyarts´s last blog ..haa?? =-.

  2. em
    macam2.
    bagusla tu
    harap nya pelajar2 jangan la kejar sangat nilai A+ tu
    ye..memang kita patut target semua A+
    maksud sy disini
    jgn sekadar ujian bertulis je power
    bnyk lg aspek len yg perlu diambil kira

  3. knpa start gred br thn ni
    ksian la clon2 spm o9
    dgr kuar kt utusan 31 0ct 2009,
    ,nk dpt A ssh,pe lg A+,
    markh A+ 99-100,A 95-98 A 90-94,
    B+ 80-89, B 70-79,
    klo yg dpt 40 slme ni luls skg mcmne?
    d kire fail ke?Klo mcm 2 bpe sgt la student cmerlg nty
    mkin ssh dowg nk msok IPTA,
    knpa xmintak pndgn student dlu
    yg jd mangse clon2 spm 09
    klo ye pon nk gne sstem pmrkahan baru start la thn 2010 ke,
    hmm

    • @farah, Daripada apa yang saya faham, hanya gred untuk A+, A dan A- je yang berbeza dengan yang lama. Gred kelulusan tak berubah. Kemasukan ke IPTA tak terjejas sangat dengan perubahan gred ni. Kalau anda mampu, anda boleh berjaya~

      • wahai belia muda…..awak cakap macam senang je kan……realitinya pengumuman sistem gred baru ni hanya dibuat kurang 2 BULAN saje sebelum SPM 2009 bermula….kenapa baru nak umum? Mangsanya, tidak lain dan tidak bukan calon2 spm 2009 yang bukan shaja tidak cukup masa untuk ‘adapt’ dengan sistem baru tapi juga menimbulkan tekanan kepada pelajar untuk mencapai gred tertinggi….segi satu aspek saya lihat gred baru ni hanya sesuai diguna pakai pada SPM 2010 bertepatan dengan jumlah maksimum mata mata pelajaran yang boleh diambil oleh pelajar spm iaitu 10 subjek…wahai kerajaan 1Malaysia yang mendahulukan pelajar, dan mengutamakan pencapaian akademik….jangannlah bersikap kurang matang!!

        • @nick, memang bercakap lebih senang pun kan.

          boleh saya tahu, saudara/i ni salah seorang calon spm tahun ni ke?

          nyatanya, penggredan ini lebih memberi kesan kepada proses pemberian biasiswa, bukan kepada proses kemasukan ke IPTA.

          err, kerajaan memang suka buat perkara macam ni pun…

  4. kenapa nak tukar sistem baru…
    guna sistem lama tu senang…
    hai…sistem – sistem sentiasa nak tukar…
    A1(75-100),A2(70-74),B3(65-69),B4(60-64),C5(55-59),C6(50-54),P7(45-49),
    P8(40-44),G9(0-39)
    sistem ini senang lah…

    • @wkt, sistem lama pun tak semestinya markah seperti yang dinyatakan.. pemarkahan dan penggredan tu sendiri melihat kepada prestasi pelajar pada tahun tersebut. Sistem ni lebih bagus. Ada satu sistem di universiti yang mana gred markahnya dihadkan kepada 20 orang markah maksimum sahaja yang akan dapat A. Yang ni lagi payah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge