Marah dan Tidur

Salam sejahtera buat semua.

Apa kaitan la pulak marah dengan tidur kan? Adakah bila marah je tidur? Atau, bila tidur je marah? Eh, pelik pulak bunyinya kan…

Marah dan tidur tidak akan dapat hadir bersama. Dua-duanya saling berlawanan. Tidur adalah ketenangan, marah adalah keserabutan.

Dr Fadhilah Kamsas selalu berpesan dalam ceramah motivasinya agar kita selalu mememaafkan sebelum tidur. Memaafkan orang yang buat kesalahan dengan kita dan memaafkan diri sendiri. Kan senang sikit nak tidur. Tak payah nak fikir sangat benda yang menyerabutkan kepala.

Aku sendiri pernah mengalami perasaan amat marah terhadap seseorang. Masa tu, memang dah larut malam. Entah macam mana boleh terasa sangat dengan ayat dia. Perasaan marah pada masa tu terus membuak-buak. Terus takde mood.

Masa tu terus je baring atas katil. Dalam kepala terngiang-ngiang je ayat tu. Fikir je, terus rasa marah yang amat. Tak mampu nak memaafkan. Akhirnya, tidur dalam keadaan marah. Esoknya, bangun dengan sakit kepala dan demam. Seminggu gak berlarutan. Kisah sebenar ni boleh baca dalam entri ni; Merasai kembali nikmat sihat, ceria seperti dulu.

Sejak kembali daripada cuti raya baru-baru ni, aku telah melalui masa-masa yang sibuk. Sampaikan nak tulis entri untuk blog pun kena curi-curi masa. Kebetulan pula dalam tempoh sebulan sebelum final exam, gelombang test 2 datang membadai. Esok ada satu paper dan minggu depan ada satu lagi.

Dalam keadaan sibuk ni, mudah sangat terasa letih dan stres. Aku bersyukur kerana masih lagi mampu tersenyum dan gembira walaupun mental terdera dengan pelbagai dugaan.

Pengajaran daripada entri ni:

  1. Marah dan tidur ada kaitannya.
  2. Jangan tidur dalam keadaan marah. Kan tak pasal-pasal tak sihat keesokannya. 😛
  3. Tersenyumlah walaupun anda sedang stres…
  4. Belajar untuk memaafkan orang lain…

beliamuda: berkata-kata adalah mudah, bertanggungjawab di atas perkataan tersebut adalah sesuatu yang berat~

15 thoughts on “Marah dan Tidur

  1. hakikatnya marah dan tidur memang ada kaitan. Nabi pun pesan, kalau ketika marah kita berdiri, disuruh duduk. kalau sedang duduk, disuruh berbaring.

    marah tu normal kalau bertempat. nabi pernah bersabda,’berhati-hati dengan orang yang tak pernah marah’.

    ada kwawan saya memang seorang yang suka cakap lepas je kalau marah, dan kata-kata dia memang menyakitkan hati. tapi bila kita cuba memaafkan dia, rasa macam lega.

    hakikatnya melupakan lebih susah dari memaafkan. memaafkan memang senang, tapi kita tidak mudah melupakan kesalahan yang dibuatnya. saya sedang mengalaminya, dan saya harap masa membantu saya untuk itu.
    .-= ikin´s last blog ..hari ini 21 Oktober::ulangtahun dia =-.

    • @ikin, setuju dengan perenggan last ni..

      setahun yang telah berlalu diharapkan mampu memperbaiki semula suasana yang keruh..

      memaafkan kesalahan adalah mudah, melupakan adalah suatu yang sukar…

  2. Pingback: Secebis kesibukan yang bermakna | beliamuda {dot} com

  3. ~berkata-kata adalah mudah, bertanggungjawab di atas perkataan tersebut adalah sesuatu yang berat~

    ayat yg ini betul sangat. sbb bercakap tu lancar sgt keluar, nk mempraktikkan tu..Ya Allah..kena memotivasikan diri gila2..
    .-= nazra´s last blog ..Tak mandi lagi pandai? =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge