Salam sejahtera buat semua.
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah lama saya tinggalkan. Tiga tahun telah berlalu. Saban tahun, peningkatan pelajar yang mendapat semua 1A, A dan apatah lagi lulus telah meningkat dengan drastik lagi. Seiringlah dengan peningkatan kualiti pendidikan walaupun masih banyak lagi anak-anak melayu kita tak kira di bandar mahupun kampung masih leka dengan benda-benda lain.
Dengar cerita orang-orang kampung saya dulu, masa generasi mereka kalau dapat lulus SPM pun dah kira sangat bagus. Susah sangat la masa tu nak lulus SPM. Dengan kelengkapan yang serba kekurangan. Dulu mana ada buku-buku rujukan yang berlambak macam sekarang dengan bank-bank soalan yang banyak.
Terkejut juga beberapa hari lepas terbaca tentang penggredan baru untuk SPM. Penggredan yang ditingkatkan bagi membezakan pelajar yang betul-betul cemerlang diantara yang cemerlang. Semua cemerlang la kan.
Untuk gred baru, boleh rujuk jadual berikut:
Gred Sedia Ada |
Gred Baru |
|
A+ |
1A |
A |
2A |
A- |
3B |
B+ |
4B |
B |
5C |
C+ |
6C |
C |
7D |
D |
8E |
E |
9G |
G |
Penilaian baru itu, pelajar akan diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori cemerlang diberikan gred A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. Gred baru itu akan menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G seperti di atas.
Dengan perubahan dalam perincian pencapaian ini, dirasakan akan ada perubahan besar dalam pecahan pelajar cemerlang. Kalau sebelum ni, bilangan semua 1A dikatakan cemerlang, untuk mendapatkan kesemua A+ bukan sesuatu yang mudah.
Kemungkinan markah untuk A+ ini adalah sekitar 90 ke atas. Tapi, ini mungkin juga bergantung kepada pencapaian keseluruhan pelajar pada tahun tersebut. Tentu kita biasa dengar macam mana gred direndahkan atau ditinggikan bergantung kepada tahap pencapaian pelajar pada tahun tersebut.
Sistem baru ini akan bermula dengan pelajar SPM 2009. Pelajar-pelajar yang tergolong dalam golongan paling cemerlang ini akan mempunyai peluang lebih cerah untuk mendapatkan pembiayaan pembelajaran selepas SPM. Kalau tengok keadaan sekarang, terlalu ramai pelajar mendapat 1A sehinggakan ada yang merungut kenapakah pelajar tersebut tidak mendapat pembiayaan selayaknya.
Satu keburukan yang pada pandangan penulis ialah pengukuhan lagi sikap pelajar ke arah berorientasikan peperiksaan. Pastinya lebih ramai akan berlumba-lumba mendapatkan keputusan paling cemerlang ni. Diharapkan golongan paling cemerlang ini menafikan segala tanggapan buruk tersebut.
beliamuda: tak dapat nak jejak kaki kat PWTC pada tahun 2007…
ASSALAMUALAIKUM. NAK TANYA KALAU 2B+ 2C+ 2C 1D 1E LAYAK KE NAK MASUK POOLITEKNIK ?
Mana julat markah setiap gred?