Salam sejahtera buat semua.
Dilema dalam kehidupan manusia. Kita selalu diminta untuk memberi sesuatu kepada orang lain. Bukan sekadar pemberian materialistik, tetapi juga sesuatu yang abstrak dan subjektif seperti kasih sayang dan perasaan.
Dalam setiap pemberian itu, selalu kita mengharapkan balasan. Susah untuk dicari sekarang ni orang yang betul-betul ikhlas dalam pemberian dan tidak mengharapkan sebarang balasan terhadap apa yang telah diusahakan kepada yang lain.
Sebagai contoh, kita cuba menyayangi orang lain. Dalam hati, pasti terselit rasa untuk dikasihi semula. Itu lumrahnya kan? Tapi, pernahkah kita terfikir untuk memberikan kasih sayang tanpa mengharapkan sebarang balasan? Biasanya, naluri keibubapaan saja yang begini. Menyayangi anak-anak mereka tanpa rasa berbelah bagi. Tidak mengharapkan sebarang pembalasan. Kes terpencil tu tolak ketepi la ya.
Dalam percintaan, selalu juga diungkapkan perngorbanan. Pengorbanan yang macam manakah? Meninggalkan dia yang tersayang kepada yang lain sebab dia tak sayang pada kita? Memberi peluang orang yang kita sayang untuk mencari kebahagiaan yang sebenar? Saya tak tahu dan saya tinggalkan persoalan ini kepada pembaca.
Meminjam kata-kata kawan saya… (daripada anime apakah ni?)
For every wish you make
you must give something of equal value in return….
beliamuda: tidak perlu tunjuk keikhlasan hati secara terang-terangan, kerana itu bukan ikhlas namanya…
mmg lumrah kehidupan manusia kebanyakkannya mcm tu pokok pangkal terletak pada niat dlm hati kita jika benar2 ikhlas pasti akan diketahui oleh Allah..Aku kdg2 terfikir kenapa org menderma nak tunjuk replika cek2 yg besar2..ikhlas ker.
.-= ariey´s last blog ..Recent Post widget with thumbnail untuk blogspot =-.
what u give, u get back..hehe
.-= x-po´s last blog ..NAK IKUT KE CAKAP MAK BAPAK? =-.
Menusuk kalbu ayat nie…
Cinta itu memang compleks. Nikuve pun tak faham.. well post ni ada isi tersirat ke.. hehe..
.-= Nikuve´s last blog ..Concert Beyonce 2009 Malaysia: Negara Islam boneka =-.
@Nikuve, sentiasa ada yang tersirat… nasihat untuk seorang sahabat, renungan untuk diri..
menunjukkan keikhlasan secara terang2an?
bagaimana kah itu?
huhuhu
maknanya dia cakap camni ke
“awk…sy betul2 ikhlas ni..perasaan sy ikhlas untuk awk’
hoho
gini ke?
@teh, entah… sebab ikhlas ni digambar sebagai, semut hitam yang berada di atas batu hitam di malam gelap…
(terlupa kata-kata sape)