Salam sejahtera buat semua.

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah lama saya tinggalkan. Tiga tahun telah berlalu. Saban tahun, peningkatan pelajar yang mendapat semua 1A, A dan apatah lagi lulus telah meningkat dengan drastik lagi. Seiringlah dengan peningkatan kualiti pendidikan walaupun masih banyak lagi anak-anak melayu kita tak kira di bandar mahupun kampung masih leka dengan benda-benda lain.
Dengar cerita orang-orang kampung saya dulu, masa generasi mereka kalau dapat lulus SPM pun dah kira sangat bagus. Susah sangat la masa tu nak lulus SPM. Dengan kelengkapan yang serba kekurangan. Dulu mana ada buku-buku rujukan yang berlambak macam sekarang dengan bank-bank soalan yang banyak.
Terkejut juga beberapa hari lepas terbaca tentang penggredan baru untuk SPM. Penggredan yang ditingkatkan bagi membezakan pelajar yang betul-betul cemerlang diantara yang cemerlang. Semua cemerlang la kan.
Untuk gred baru, boleh rujuk jadual berikut:
|
Gred Sedia Ada |
Gred Baru |
|
|
A+ |
|
1A |
A |
|
2A |
A- |
|
3B |
B+ |
|
4B |
B |
|
5C |
C+ |
|
6C |
C |
|
7D |
D |
|
8E |
E |
|
9G |
G |
Penilaian baru itu, pelajar akan diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori cemerlang diberikan gred A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. Gred baru itu akan menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G seperti di atas.
Dengan perubahan dalam perincian pencapaian ini, dirasakan akan ada perubahan besar dalam pecahan pelajar cemerlang. Kalau sebelum ni, bilangan semua 1A dikatakan cemerlang, untuk mendapatkan kesemua A+ bukan sesuatu yang mudah.
Kemungkinan markah untuk A+ ini adalah sekitar 90 ke atas. Tapi, ini mungkin juga bergantung kepada pencapaian keseluruhan pelajar pada tahun tersebut. Tentu kita biasa dengar macam mana gred direndahkan atau ditinggikan bergantung kepada tahap pencapaian pelajar pada tahun tersebut.
Sistem baru ini akan bermula dengan pelajar SPM 2009. Pelajar-pelajar yang tergolong dalam golongan paling cemerlang ini akan mempunyai peluang lebih cerah untuk mendapatkan pembiayaan pembelajaran selepas SPM. Kalau tengok keadaan sekarang, terlalu ramai pelajar mendapat 1A sehinggakan ada yang merungut kenapakah pelajar tersebut tidak mendapat pembiayaan selayaknya.
Satu keburukan yang pada pandangan penulis ialah pengukuhan lagi sikap pelajar ke arah berorientasikan peperiksaan. Pastinya lebih ramai akan berlumba-lumba mendapatkan keputusan paling cemerlang ni. Diharapkan golongan paling cemerlang ini menafikan segala tanggapan buruk tersebut.
beliamuda: tak dapat nak jejak kaki kat PWTC pada tahun 2007…
agak sedih ayat yg last tu
huhu
.-= hazwan´s last blog ..Finish la I =-.
@hazwan, haha.. takde rezeki~
akak lagi lama dah tinggalkan SPM…nmpk sgt dah tua…huhuhuhu…
.-= dalialiyana´s last blog ..SOBahAn NuR…. =-.
bro, baik guna sistem lama..lagi senang.. 12345678
he…23x
B- , C- xde ke… bro rase yg G or 9G teu xpyh la…coz confirm xkan masuk dlm slip keputusan pun… buh je la fail @ “apa sal ko bengap sangat ha”
out of topic–> bro tang tue ok je… bertenaga gitew..cuma riso tang pingang je… coz mak bro ckp if pingang selalu sakit…takut akan efek performance n mybe leh serang tang tue..terus xbermaya nnt… waduh (mati pucuk la tue)
nie yg bro nk g berurut nie…. takut sian kat bini2 bro nnt he..23x
Sistem yang dibuat oleh manusia sentiasa berubah-rubah..inilah kita..tapi yang tak tahannya ramai gak manusia lupa diri, tak nak pakai sistem Allah…huhuhu..
bagus artikel ni..aku tak tau pun hal ni sebelum ni..
.-= wanwma´s last blog ..(Agama) Taat Suami..Taat Ibu.. =-.
zaman kak jie dulu, spm gred 1, 2, 3.
dah..senang!
tapi gred 2,3 pun dpt msk IPTA, mudahlah tinggi gred masa kami dulu2…sbb masa upsr ( penilaian darjah lima ) dpt 3A2B pun dpt pergi SBP, yg duk celuk kampung mcm kak jie lah….zaman skrg ni..kat SBP anak org2 kaya je..sbb nk msk asrama pun kena sediakan duit 1-2 ribu.
.-= Kujie´s last blog ..Kangaroo vs Snailmyx =-.
mcm nk kire gred purata plk klu cm sistem trbru tu ek…
@azizan4444, mungkin persediaan untuk masa depan.. nanti ada stail PNG lak ke..
@beliamuda, betol ke mugkin xde result g/g- lam slip nati???
skarang semuanya psl gred. pdhal tu standard penggredan hidup manusia ja…
alah..ape susah2
buat jer sistem pointer cam kat univ. skang
xdelah stress sgt pelajar.
hrm..macam-macam transformasi dibuat sekarang ni.. ntahlah. .apa lah kelemahan sistem lama sampai nak ada sistem baru macam ni.
.-= zuls´s last blog ..Weblog Popular 1Malaysia memang memeningkan =-.
@zuls, bukan kelemahan sistem penggredan rasanya.. ni masalah terlalu ramai yang dapat 1A. Dia nak kecikkan skop cemerlang tu kot..