Tawaran Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara Sesi 2012/2013

Salam sejahtera buat semua.

[Terkini!] Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2012/2013

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuka tawaran biasiswa bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara bagi sesi 2012/ 2013 pada hari ini, 6 Ogos 2012 bermula pukul jam 5 petang.

Permohonan biasiswa JPA PIDN 2012 boleh dibuat secara aplikasi dalam talian (online application) bermula daripada waktu yang ditetapkan. Permohonan akan dibuka sehingga 12 Ogos 2012 (Ahad). Permohonan yang dibuat selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan oleh pihak JPA.

Continue reading

Permohonan Kemasukan Ke IPTA dan Politeknik Premier Sesi Akademik 2012/2013 Bagi Lepasan SPM/Setaraf (FASA 1)

Salam sejahtera buat semua.

Jom Masuk Universiti

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengumumkan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA dan Politeknik Premier) untuk lepasan SPM 2011 dan setaraf bagi sesi akademik 2012/2013.

Semakan Keputusan Biasiswa JPA Dalam Negara (PIDN) 2011

Salam sejahtera buat semua.

eKeputusan - Sistem Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa

Seperti yang dilaporkan di portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), semakan keputusan permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) tahun 2011 telah pun boleh mula disemak mulai 30 September 2011 pada jam 5 petang.

HOT: Maklum balas JPA berkenaan kesukaran membuat semakan biasiswa PIDN

Namun, mungkin atas sebab-sebab masalah teknikal, semakan tidak dapat dibuat seperti yang dijadualkan. Kemungkinan, server yang digunakan bagi tujuan semakan keputusan biasiswa JPA mengalami masalah dan hanya akan dibaik pulih semula bermula esok.