Salam sejahtera buat semua.
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengumumkan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA dan Politeknik Premier) untuk lepasan SPM 2011 dan setaraf bagi sesi akademik 2012/2013.
Program Pengajian Lepasan SPM dan Setaraf
Permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM terbahagi kepada dua iaitu :
-
Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier bagi program pengajian peringkat Diploma dan Asasi Sesi Akademik 2012/2013 atau Ambilan Julai 2012
-
Permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Politeknik bagi program peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012.
Tempoh Permohonan
FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan
-
Tarikh: 15 November 2011 – 31 Disember 2011
FASA 2 – Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
-
Tarikh: 9 Januari 2012 – 2 April 2012
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SKM DAN SEKOLAH MENENGAH
Ini adalah permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi program peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012.
Tempoh Permohonan ialah daripada 9 Januari 2012 sehingga 2 April 2012.
Pembelian Nombor Unik ID BSN
Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa membuat permohonan. Harga Unik ID adalah RM 10.60 seorang
Secara Individu
-
Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking
-
Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
-
Salinan MyKad calon perlu dikemukakan
Secara Pukal
-
Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN.
-
Tarikh : 8 November 2011 – 30 November 2011
-
Salinan MyKad calon perlu disertakan
Permohonan Kemasukan Universiti Sains Malaysia (USM)
Selaras dengan pelaksanaan dasar autonomi kerajaan kepada Universiti Sains Malaysia (USM) dan status U-APEX, pengurusan permohonan, pemprosesan, pemilihan, hebahan dan rayuan ke USM dikendalikan sepenuhnya oleh USM sendiri.
Permohonan hendaklah dikemukakan ke USM melalui laman web http://www.usm.my kecuali untuk program pengajian pendidikan.
Penyelarasan penawaran akan dilaksanakan oleh UPU dengan USM bagi calon yang setuju terima atau menolak tawaran.
Maklumat Tambahan
Sila kunjungi laman web rasmi UPU untuk maklumat lanjut.
Jika terdapat sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di Talian Am 03-8870 6755/ 03-8870 6766, Helpline UPU 03-8870 6777, Hot Line UPU 03-8870 6767, Kaunter KPT UPU 03-8870 6778 atau Faks 03-8870 6864 atau e-mel upu@mohe.gov.my.
beliamuda: Petang tadi adik telefon dan bertanyakan mengenai urusan UPU. Sekarang ni dia sedang menduduki SPM 2011.
terima kasih….semoga impian tercapai 🙂
Pingback: Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Lepasan SPM Sesi Akademik 2012/2013 | beliamuda {dot} com
SAYA NAK MINAT UNTUK BELAJAR POLITEKNIK.