Tawaran Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara Sesi 2012/2013

Salam sejahtera buat semua.

[Terkini!] Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2012/2013

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuka tawaran biasiswa bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara bagi sesi 2012/ 2013 pada hari ini, 6 Ogos 2012 bermula pukul jam 5 petang.

Permohonan biasiswa JPA PIDN 2012 boleh dibuat secara aplikasi dalam talian (online application) bermula daripada waktu yang ditetapkan. Permohonan akan dibuka sehingga 12 Ogos 2012 (Ahad). Permohonan yang dibuat selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan oleh pihak JPA.

IPTA dan IPTS Tajaan Biasiswa PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disenaraikan dalam penawaran Biasiswa JPA Sesi 2012/2013 program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda adalah seperti berikut:

  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT)

Manakala bagi Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan untuk penawaran Biasiswa JPA bagi program pengajian peringkat Ijazah sahaja adalah seperti berikut:

  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Selain itu, mahasiswa yang menuntut di beberapa kampus cawangan universiti luar negara di Malaysia juga layak untuk memohon Biaisiswa JPA pada tahun ini. Empat universiti tersebut ialah:

  • University of Nottingham
  • Monash University
  • Swinburne University of Technology
  • Curtin University of Technology

11 thoughts on “Tawaran Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara Sesi 2012/2013

  1. salam
    saya jpa diploma uitm
    skg tga blaja sem last
    nnt nk buat penerapan ke degree
    saya tak boleh nk apply skg sbb surat twrn ke degree adalah bulan march 2012
    adakah sy perlu apply dengan result degree atau gune result diploma utk tawaran biasiswa tahun depan?
    thx

  2. salam, sya pelajar semester akhir diploma. nak tny, kalau cgpa last semster, 3.8 boleh apply biasiswa jpa untuk degree x ?

  3. Pingback: Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2012/2013

  4. Salam, saya lepasan asasi UIA. Asasi sye abis dan sye nak mintak JPA tp dah ttup. So, bile bole apply lg ? N JPA nie bkak sekali setahun je ke ?

    • salam. .saya skrg student uitm sem 2..sem 1 ari tu cgpa saye dpat 3.73. .agk2 boleyh x mohon biasiswa jpa untuk sem lpas pnye?ble twaran untuk thun 2013 akn dibuka?

  5. salam….untuk budak uia yang asasinya sethun setngah dan masuk degree dalam bulan dua ……………boleh mohon jpa tak masa tu?.terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge