Salam sejahtera buat semua.
Sebelum ini, pihak JPA telah membuat pengumuman bahawa keputusan permohonan biasiswa JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) boleh disemak mulai 30 September 2011. Namun, disebabkan oleh beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, semakan tidak dapat dilakukan dan portal eSILA telah tergendala sepanjang penghujung minggu lalu.
Berikut adalah kenyataan maklum balas yang telah dikeluarkan oleh pihak JPA dan disiarkan di portal eSILA.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan kepada Jabatan ini termasuk komen-komen melalui facebook KPPA berkisar tentang masalah “Capaian web eSILA berkaitan PIDN JPA Sukar”. JPA mengambil maklum mengenai isu yang dibangkitkan dan usaha untuk mengatasi perkara ini sedang diambil. Sehubungan dengan itu, Semakan Keputusan Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2011 dilanjutkan sehingga 15 Oktober 2011. Walau bagaimanapun semakan keputusan ditutup buat sementara waktu untuk tindakan penambahbaikan dan akan dibuka semula pada 5 Oktober 2011 jam 3.00 petang. Jabatan ini memohon maaf di atas kesulitan yang dialami dan berharap agar pelajar-pelajar dapat bersabar. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh diajukan melalui alamat emel pidn2011@jpa.gov.my atau hubungi talian 03-8885-3553/ 3308/ 3295/ 3333.
Oleh itu, para pemohon dinasihatkan untuk bersabar buat sementara waktu dan mula membuat semakan seperti waktu yang dinyatakan di atas iaitu bermula pada 5 Oktober jam 3.00 petang. Jika semakan masih belum dapat dibuat pada waktu tersebut, silalah bersabar lagi.
Untuk maklumat lanjut, para pemohonan boleh menghubungi pihak JPA melalui cara berikut:
Emel: pidn2011@jpa.gov.my
Talian telefon: 03-8885-3553/ 3308/ 3295/ 3333
beliamuda: Kalau dah tak boleh sabar, talian di atas ada untuk menolong anda bersabar.
da banyak kali daa call pihak diorang.naseb diorang layan ngan baik.hopefully petang nie sume okie laa ^^.
@afiqah laa, baguslah kalau diorang layan dengan baik. Kalau tak, mahunya kena maki hamun.
Pingback: Semakan Keputusan Biasiswa JPA Dalam Negara (PIDN) 2011 | beliamuda {dot} com
Salam… Alhamdulillah…dah boleh buka semakan keputusan biasiswa dan saya berjaya… Alhamdulillah..tapi, dalam surat tawaran Jpa, nama fakulti dan kurus saya salah… Saya dah call pihak JPA, tp pihaknya xangkat2… Apa yang perlu saya lakukan? Takut laa, nanti biasiswa tu ditarik balik….
Terima kasih…
@Nor Arini Bt Abdullah, Maaf atas kelewatan membalas komen anda. Sudah selesai dengan masalah ini?