Salam sejahtera buat semua.
Senyap-senyap lebih tiga minggu ni bukan senyap saja-saja. Senyap ini senyap berisi! Oh, tiada maksud kiasan yang disengajakan.
Semenjak balik ke Malaysia 8 November lalu, memang sukar sikit nak jenguk blog ni. Kepulangan ke tanah air yang diisi dengan cuti seminggu di kampung halaman.
Terkini, saya telah pun menjalani latihan di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (National Institute of Occupational, Safety and Health – NIOSH) untuk Paspot Keselamatan Minyak dan Gas (Oil and Gas Safety Passport – OGSP).
Secara ringkasnya, latihan ini adalah untuk memberi kefahaman berkenaan hazad dan risiko serta tatacara kerja semasa berada di loji minyak dan gas. Paspot ini sah untuk digunakan di loji PETRONAS, Shell, Titan Chemicals dan Esso.
Agak janggal juga semasa mengambil latihan ini dengan modul dalam Bahasa Melayu kerana semasa belajar di UTP, subjek Health, Safety and Environment (HSE) adalah dalam Bahasa Inggeris.
Contoh mudah, Occupational Safety and Health Act (OSHA) dikenali sebagai Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP). Samalah juga Factory and Machinery Act (FMA) dan Environmental Quality Act (EQA) yang merupakan tiga akta utama berkaitan kesihatan dan keselamatan pekerjaan.
Belum cakap lagi dengan istilah-istilah lain yang digunakan untuk kelengkapan keselamatan yang sebelum ini tak pernah didengar pun dalam Bahasa Melayu. Apa yang penting, objektif modul tercapai dan saya kini adalah pemegang yang sah untuk OGSP Level 1 selama tiga tahun.
Kita sambung lagi cerita berkenaan ini di lain masa. Semoga dapat gambaran serba sedikit tentang OGSP.
beliamuda: Rasanya ini adalah waktu yang elok untuk menulis laporan berkenaan kerja yang dilakukan untuk projek sepanjang enam bulan yang lalu.

Assalamualaium kpd penulis….saya ingin bertanya sedikit seebanyak tentang kejuruteraaan saya bercita cita hendak menjadi jurutera petroleum.Suubjek apakah yang perlu sya kuasai dan adakah wanita menjawat jawatan sebagai jurutera petroleum?selain itu jikalau saya ingin melanjutkan pelajaran ke utp mahal kah kos yg perlu dibyar?adakah pembelajaran berkenaan kejuruteraan ni susah?dan akhir sekali jikalau sya ingin mudah mndapat pekerjaan apabila tamat belajar adakah saya perlu mendapat pointer yang baik dan berapa kah gaji seorang jurutera petroleum di malaysia…..harap dpt diberikan penjelasan oleh saudara segala maklum bals saudara amtlah saurya hargai….sekian terima kasih…….
Waalaikumussalam.
Apa yang penting dalam kejuruteraan adalah mudah untuk memahami subjek seperti Matematik dan Fizik. Untuk saya katakan tidak ada adalah tidak benar, tapi jumlahnya sangat kurang kerana situasi kerja jurutera petroleum yang sangat mencabar.
Untuk kos pengajian di UTP, saudari boleh melihat sendiri pada laman web rasmi UTP (http://www.utp.edu.my).
Mendapat keputusan yang baik adalah sesuatu yang penting dalam bidang kejuruteraan kerana bidang ini berkaitan dengan aplikasi kepada apa yang dipelajari (teknikal).
Buat masa ini, gaji jurutera petroleum adalah yang tertinggi dalam kalangan jurutera namun ianya hadir dengan cabaran dan risiko yang lebih tinggi.
terima kasih atas maklumat yang telah dikongsikan…..
Brape yuran perlu dibayar d Niosh untok ogsp passport, mahalke?
Harganya RM250 untuk tempoh 3tahun. 🙂
kelayakkan umr mmbuat ogsp niosh brpa..skra nya umr sy buln 12 bru msuk 18 mcm mne..adkh sy blh buat ogsp niosh??
sye muhammad shafiq sye ingin tanya mc mne sye nak berkerja kn petronas sye sd ambil niosh tapi belum ada kje kalau dan kje kontran kn petronas hubugai 0177836755
nak tnye skit, untuk ambil bidang ni bahasa yang gunakan bahasa BI atau dwi bahasa?
Modul yang disediakan terdapat dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Awak boleh request semasa membuat pendaftaran dikaunter. 🙂
Kalau saya yang tidak belajar di UTP hanya ada SPM & Sijil Elektronik Industri layak tak bekerja di syarikat Oil & Gas ni, samada Onshore atau Offshore?
Kalau layak adakah saya wajib mengambil kursus OGSP di NIOSH ni? dan adakah perlu di ikuti dgn kursus2 lain spt MIS BOSET di TSTC.
try visit page ikbn oil n gas .
sya dah ada ogsp mcm mne nk dpt kan kje ehh
Assalamualaikum tuan .sy nak bertanya ,berapakah kebiasaan basic yang diberi kepada pemegang kad ogsp level 1 .tanpa pengalaman bekerja dalam bidang safey .sy mempunyai ogsp level 1 dan cidb malaysia .tapi sy tak tahu mana arah yang perlu sy tuju .harap tuan boleh membantu .
Sy sudah selesai kursus NIOSH dan telah memiliki kad NIOSH dan CIDB. Bagaimana untuk saya mendapat peluang pekerjaan?
Kad NIOSH dan CIDB hanyalah suatu pas yang menyatakan anda telah mendapat latihan dalam HSE untuk bekerja dalam bidang yang berkaitan. Peluang pekerjaan perlu dicari terutamanya untuk industri yang memerlukan pekerja yang dalam bidang berkaitan seperti pembinaan dan industri minyak dan gas.
salam dekat mana nak daftar OGSP ni dan umur berapa yang boleh ambil OGSP berapa semua sekali kena bayar?
Askum bley tnye sy dlm pjlnan siap pdftrn niosh tgu nk mnjlani priksa ..slpas itu nk mncri lobng pkjaan dlm petronas mcm na kah
SALAM nak tnya, mcm mana nak daftar OGSP? nak g website aper?