NIOSH Safety Passport: OGSP Level 1

Salam sejahtera buat semua.

Safety passport, OGSP Level 1. #OnG #work

Senyap-senyap lebih tiga minggu ni bukan senyap saja-saja. Senyap ini senyap berisi! Oh, tiada maksud kiasan yang disengajakan.

Semenjak balik ke Malaysia 8 November lalu, memang sukar sikit nak jenguk blog ni. Kepulangan ke tanah air yang diisi dengan cuti seminggu di kampung halaman.

Terkini, saya telah pun menjalani latihan di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (National Institute of Occupational, Safety and Health – NIOSH) untuk Paspot Keselamatan Minyak dan Gas (Oil and Gas Safety Passport – OGSP).

Secara ringkasnya, latihan ini adalah untuk memberi kefahaman berkenaan hazad dan risiko serta tatacara kerja semasa berada di loji minyak dan gas. Paspot ini sah untuk digunakan di loji PETRONAS, Shell, Titan Chemicals dan Esso.

Agak janggal juga semasa mengambil latihan ini dengan modul dalam Bahasa Melayu kerana semasa belajar di UTP, subjek Health, Safety and Environment (HSE) adalah dalam Bahasa Inggeris.

Contoh mudah, Occupational Safety and Health Act (OSHA) dikenali sebagai Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP). Samalah juga Factory and Machinery Act (FMA) dan Environmental Quality Act (EQA) yang merupakan tiga akta utama berkaitan kesihatan dan keselamatan pekerjaan.

Belum cakap lagi dengan istilah-istilah lain yang digunakan untuk kelengkapan keselamatan yang sebelum ini tak pernah didengar pun dalam Bahasa Melayu. Apa yang penting, objektif modul tercapai dan saya kini adalah pemegang yang sah untuk OGSP Level 1 selama tiga tahun.

Kita sambung lagi cerita berkenaan ini di lain masa. Semoga dapat gambaran serba sedikit tentang OGSP.

beliamuda: Rasanya ini adalah waktu yang elok untuk menulis laporan berkenaan kerja yang dilakukan untuk projek sepanjang enam bulan yang lalu.

19 thoughts on “NIOSH Safety Passport: OGSP Level 1

  1. saya berminat hendak mngambil kursus safety and health officer, boleh tuan terangkan lebih lanjut jumlah pembayaran keseluruhan termasuk ujian-ujian yang akan diambil nnti. kalau boleh, tuan terangkan satu per satu pembayaran dari deposit hingga ke akhir. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge