Pertemuan Rahsia di Kuala Lumpur

Salam sejahtera buat semua.

It's Saturday morning and I'm at Masjid Jamek!

Hujung minggu kali ini terisi juga dengan beberapa aktiviti utama yang dirancang mencapai objektifnya. Agenda hujung minggu lalu ialah pertemuan tiga orang rakan untuk membincangkan mengenai idea yang disarankan oleh salah seorang daripada mereka yang berada di Pulau Pinang.

Jemputan dibuat kepada beliau untuk bertemu serampang dua mata dengan rakan-rakan yang lain di Kuala Lumpur. Kebetulan dengan PIKOM PC Fair yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC), pertemuan di Suria KLCC menjadi pilihan. Perbincangan penting dan perancangan berkaitan diadakan di sana dalam keadaan santai.

Aktiviti Pagi Sebelum Kejadian

Sebelum pertemuan berlangsung, dua rakan yang berada di KL keluar bermain badminton terlebih dahulu pada sebelah paginya di JJB Badminton Court, Setapak. Oleh kerana mereka kelewatan disebabkan salah seorang daripada mereka terlajak tidur, permainan hanya berlangsung selama sejam walaupun gelanggang disewa selama dua jam. Nasib baik sewa gelanggang hanya RM10 untuk sejam.

Selesai bermain badminton di Setapak, kedua-dua mereka terus bergerak ke KLCC menggunakan LRT dari Wangsa Maju. Beg yang berisi pakain dan kasut berserta raket akan dibawa kemana-mana sahaja mereka pergi pada hari itu!

Perbincangan Penting Bahagian 1

Another chicken rice for lunch with @penaberkala and @farismuhandisu. #lunch #weekend #Malaysia #makanan #foodporn

Perbincangan bermula sebaik sahaja ketiga-tiga mereka selesai makan tengah hari di RASA Food Arena yang agak penuh. Apabila perut sudah berisi, senang sikit untuk fokus kepada perbincangan berbanding perut lapar yang pastinya mengganggu.

Selari dengan perkembangan teknologi, catatan perbincangan tidak dibuat di atas kertas sebaliknya dicatat pada aplikasi catatan nota dalam ASUS Transformer Pad TF300T. Sesi sumbangsaran menyaksikan beberapa idea menarik yang berkaitan dicatat dan disimpan. Secara dasarnya, masing-masing mempunyai idea asas yang sama berkaitan dengan perkara yang dibincangkan.

Beliamuda dan Almuhandisu

Perbincangan ditangguh buat sementara waktu untuk menunaikan solat Zohor dan memberi laluan untuk masing-masing meluangkan masa di PIKOM PC Fair. Setiap seorang mempunyai sasaran untuk mendapatkan gajet yang selama ini diimpikan. Tawaran harga menarik merancakkan lagi keinginan untuk memiliki.

Perbincangan Penting Bahagian 2

Tercapainya hajat untuk mendapatkan gajet yang diingini dari PC Fair, ketiga-tiga rakan beredar untuk menyambung perbincangan yang tertangguh. Oleh kerana waktu yang sudah beransur petang, masing-masing bersetuju untuk terus makan malam.

Atas cadangan salah seorang daripada mereka, Kampung Baru menjadi lokasi pilihan untuk makan malam. Lagipun dia tidak pernah lagi menjejakkan kaki di Kampung Baru. Bingung juga untuk pilih kedai makan kerana masing-masing tidak biasa di sini.

Kampung Baru dan KLCC oleh Penaberkala

Sambil menjamu selera, perbincangan akhirnya mencapai kata putus dengan beberapa tarikh penting untuk perlaksanaan langkah-langkah awal. Ketiga-tiga rakan segera beredar apabila langit semakin gelap dengan guruh yang galak berbunyi di langit.

Di separuh perjalanan menuju ke Stesen LRT Kampung Baru, hujan turun dengan lebatnya. Oleh kerana masing-masing masih mempunyai agenda yang perlu dilaksanakan, hujan diredah begitu sahaja.

Yang pastinya, ada yang mendapat sakit-sakit diseluruh badan kerana bermain badminton selama dua hari berturut yang didahulukan dengan permainan boling pada hari yang sebelumnya.

beliamuda: Ada orang angkat smartphone baru dari PIKOM PC Fair…

6 thoughts on “Pertemuan Rahsia di Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge