4 Sebab Bertukar kepada U Mobile

Salam sejahtera buat semua.

Fenomena penggunaan telefon pintar mutakhir ini mendesak syarikat-syarikat telco tempatan untuk lebih kreatif dalam menawarkan servis yang menarik. Tambahan pula, harga telefon pintar yang semakin murah dari tahun ke tahun memungkinkan ia digunakan oleh mereka yang berpendapatan rendah berbanding hanya golongan berpendapatan sederhana dan tinggi sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kebanyakan fungsi serta aplikasi hebat yang ditawarkan telefon pintar seperti RSS Feed, laman sosial dan sebagainya hanya boleh dimanfaatkan dengan kewujudan talian internet. Justeru, kebanyakan pengguna telefon pintar pastinya memilih pakej pra-bayar atau pasca-bayar yang merangkumi panggilan suara, SMS dan pelan data sekaligus.

Saya merupakan pengguna Maxis sejak dari zaman persekolahan. Bermakna, saya telah menggunakan Maxis lebih kurang 10 tahun. Saya juga pernah menggunakan Celcom hampir 5 tahun. Ya, pastinya saya sudah biasa dengan servis dua syarikat telco gergasi tempatan ini.

Ketika menggunakan Blackberry, Celcom menawarkan harga BIS termurah untuk pakej pra-bayar Xpax berbanding telco lain dengan hanya RM25/bulan. Ia menawarkan pelan data sebanyak 250MB, tidak termasuk untuk penggunaan laman sosial yang tidak terhad.

Sekarang, setelah beralih kepada Android, pakej-pakej yang ditawarkan Celcom dan Maxis kebanyakannya begitu membebankan. Jadi, saya buat analisis ringkas serta perbandingan antara semua telco yang ada di Malaysia untuk memilih pakej terbaik yang sesuai dengan kadar penggunaan semasa saya. Kini, saya telah membuat keputusan untuk beralih kepada U Mobile!

Ada 4 sebab utama bagi saya untuk beralih kepada U Mobile:

1. Pakej pasca-bayar termurah di pasaran

Saya memilih Pakej Pasca-Bayar U28 yang menawarkan pelan data 1GB serta 300 SMS. Bagi panggilan suara, saya boleh membeli add-on pack Talk Plus dengan harga RM8 untuk 80 minit panggilan suara kepada telco selain U Mobile. Hujung bulan, saya hanya perlu membayar minimum RM28+RM8+6% cukai kerajaan. Pakej sebegini dengan harga di bawah RM40 adalah sangat murah jika dibandingkan dengan telco lain.

2. Tiada Kontrak

Disebabkan masa sebelum saya berhijrah ke luar negara untuk menyambung pelajaran tinggal 8 bulan sahaja lagi sekiranya tiada aral melintang, sebolehnya saya tak mahu terikat dengan kontrak atau komitmen kewangan. Dengan U Mobile, saya boleh membatalkan pakej U28 ini bila-bila masa sahaja sekiranya tidak berpuas hati dengan servis atau sebab-sebab lain.

3. Internet tanpa had

Setelah kuota internet habis, talian tidak akan terputus. Hanya kepantasannya dikurangkan.  Jadi, anda tidak perlu bimbang bil yang melambung tinggi di hujung bulan bila anda terlupa untuk menghentikan fungsi data internet sebagaimana yang berlaku kepada pengguna telco lain terutamanya Maxis.

4. Liputan semakin meluas

U Mobile mempunyai usahasama perkongsian perkhidmatan bersama Celcom dan Maxis. Jadi, anda tak perlu bimbang sekiranya tempat anda tiada liputan U Mobile kerana ia akan ‘menumpang’ liputan rakan kongsinya secara automatik tanpa caj tambahan. Paling menarik, Penggunaan rangkaian 3G Maxis memboleh melayari internet dengan lebih pantas.

Alhamdulillah, setakat hari ini, servis U Mobile ok. Cuma kadang-kadang, line kurang stabil dan berlaku drop call. Internet pun laju apabila berada dalam liputan 3G. Tapi, bila berada dalam 2G, sangatlah perlahan. Berikut adalah kelajuan internet yang direkodkan ketika berada di tingkat 17 sebuah apartment.

IMG_20121124_204454

Kelajuan muat turun hampir 1Mbps. Sukar untuk mendapatkan kelajuan sebegini di atas bangunan tinggi. Jadi, sememangnya saya berpuas hati.

Sekadar makluman, entri ini tidak ditaja sesiapa. Sekadar berkongsi pengalaman serta alternatif yang ada untuk manfaat semua pembaca beliamuda {dot} com. Ada yang ingin berkongsi pengalaman masing-masing menggunakan U Mobile di sini? 🙂

19 thoughts on “4 Sebab Bertukar kepada U Mobile

  1. Buat masa ni,saya guna digi utk internet dn UM utk pggln.hrp2 UM akan berdiri sendiri di Sabah satuari nanti bb internet UM merangkak aja di tamparuli, bagus naik siput untuk gugel dpd kai UM.hihihih..

  2. Terbaiikk huraian dan pendapat dari tuan tanah.
    Saya juga seperti tuan ingin kan kepuasan dalam penggunaan line yang sedia ada, tapi dalam masa sama, setiap bulan kos yang dikeluarkan hanya menjadi sumber perbelanjaan.
    Sekian, terima kasih.

  3. Benar,saya dan isteri pun dah pakai celcom 6 tahun,tp sekarang saya rasa plan sedia ada tidak lagi menguntungkan.boleh tuan terang tak.berapa hari proses penukaran telco celcom ke umobil dengan mengekalkan nombor yg sama?

    • Hi, da settle ke penukaran celcom ke umobile? sy harap tuan da settlekan… sbb skrg pun sy nk keluar dr celcom sbb monthly commitment yg xmsuk akal.. Setiap bulan dikenakan charge sehingga RM108. RM50 utk sewa line dan RM58 untuk internet. Setelah tamat contract dan lebih 6 bulan msih menggunakan plan yg sama, amat merugikan. Saya pasti ramai lagi yg masih terbelenggu dengan isu ini.

  4. Boleh kekalkan no lame x. Kalo. Blh kekalkan cmna cara utk mdftar n braPe hrgA. Sye pggna Clcom kinI Mau beralih mnjdi planggan u mobile .mhon pncerahan. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge