Salam sejahtera buat semua.
Semasa bercuti seminggu untuk cuti semester tempoh hari, saya telah berkesempatan untuk membuka Maybank Gold Investment Account (MGIA) yang sebelum ini dikenali sebagai Maybank Gold Saving Passbook Account (GSPA). Nama ni baru je tukar berkuatkuasa 11 Mei tempoh hari.
Macam mana saya boleh tergerak untuk membuka akaun simpanan emas ni? Pada awalnya, saya memang dah tertarik dengan dinar emas (sejak awal tahun lalu lagi), tapi tidak berkesempatan untuk tahu lebih lanjut. Lepas tu, makin banyak pulak orang promo pasal dinar emas ni. UTP pun ada keluarkan dinar emas sendiri.
Beberapa bulan lalu, saya ada terbaca dalam Reader’s Digest edisi Disember dalam satu artikel advertorial mengenai akaun simpanan emas Public Bank. Jadi, bermula pada saat tu, mula timbul minat untuk tahu lebih lanjut mengenai simpanan emas di bank.
Bermula je cuti sem Jan 2011 yang lalu, saya terus mencari info mengenai akaun simpanan emas di bank dan mengetahui wujudnya dua bank yang menyediakan perkhidmatan simpanan/pelaburan emas di Malaysia. Dua bank tersebut adalah Public Bank dan Maybank (CIMB Bank juga turut menyediakan perkhidmatan akaun simpanan emas).
Kenapa pilih Maybank?
Mesti ada yang tanya kenapa saya memilih Maybank dan bukannya Public Bank. Sebab saya mudah saja; kerana simpanan emas permulaan yang menjadi syarat dalam membuka akaun simpanan emas tersebut iaitu 20 gram di Public Bank manakala di Maybank adalah serendah 1 gram sahaja.
Nota: CIMB Bank juga ada menyediakan akaun simpanan emas dengan permulaan simpanan pada 10 gram.
Kalau ditengok pada harga emas semasa ketika saya membuat keputusan tersebut, saya memerlukan hampir RM3000 untuk membuka akaun simpanan emas di Public Bank. Awal-awal lagi saya tidak melihat lebih lanjut mengenai simpanan emas di Public Bank.
Akhirnya, Maybank menjadi pilihan saya dan sasaran 5 gram sebagai simpanan permulaan dalam MGIA. Maklumat mengenai MGIA boleh didapati di portal Maybank2u. Saya mengambil masa beberapa hari untuk membaca dan memahami mengenai MGIA sebelum meneruskan niat membuka akaun. Kebetulan juga ada permohonan secara dalam talian.
Tetapi, disebabkan permohonan online mengambil masa tiga (3) hari bekerja sebelum sampai ke pihak cawangan Maybank yang dipilih dan saya pun pada masa tersebut memohon pada hari Khamis (hari bekerja terakhir di Kelantan pada minggu tersebut), maka saya terus sahaja ke Maybank cawangan Bachok pada sebelah petang untuk urusan pembukaan akaun simpanan emas MGIA.
Proses permohonan akaun MGIA di Maybank
Proses membuka akaun MGIA adalah mudah seperti permohonan membuka akaun biasa. Anda hanya perlu membawa salinan kad pengenalan (IC) berserta IC anda dan mengisi borang permohonan biasa. Anda cuma perlu menyatakan kepada pegawai bank apakah jenis akaun yang ingin dibuka semasa menghantar borang permohonan tersebut.
Tempoh masa semasa membuka akaun saya tempoh hari mengambil masa hampir 45 minit kerana ada beberapa borang perlu diisi dan ditandangani (berkaitan dengan syarat dan peraturan serta persetujuan pemohon). Mungkin juga kerana cawangan Maybank di Bachok jarang menguruskan permohonan akaun emas. Even pegawai bank tersebut pun menyatakan proses memakan masa yang agak lama sedikit.
Bagi pengurusan akaun MGIA, satu buku akaun akan diberikan sebagai rekod urusan belian dan jualan emas dengan pihak Maybank. Buku akaun ini wajib digunakan dalam sebarang urusan berkaitan dan tiada kad ATM akan diberikan seperti akaun simpanan biasa.
Kenapa bukan dinar emas atau emas fizikal?
Kalau ada yang tanya, kenapa saya tidak memilih emas fizikal ataupun dinar emas, sebabnya adalah kerana saya tidak mahu menyimpan dinar emas atau emas fizikal bersama-sama dengan saya kerana faktor saya sendiri yang masih lagi menuntut di universiti dan juga risiko kehilangan. Hilang sekeping dinar emas tu besar kerugiannya.
Mungkin suatu masa nanti saya akan mendapatkan dinar emas sebagai salah satu lagi alternatif simpanan berdasarkan emas. Tujuan simpanan dalam bentuk emas yang saya lakukan bukanlah untuk mengaut keuntungan seperti para pemain emas tetapi sekadar untuk menjamin keselamatan kewangan di kala kadar inflasi yang semakin meningkat.
Apa gunanya banyak menyimpan duit di dalam akaun simpanan tetapi nilainya semakin susut disebabkan oleh inflasi. Kadar faedah yang bertambah dalam akaun bank konvensional pun tidak boleh kita gunakan. Jadi, pilihan untuk membuka akaun simpanan emas adalah suatu langkah yang dapat mengurangkan risiko nilai susut matawang disebabkan oleh inflasi.
beliamuda: Ini bukannya nasihat kewangan. Hanya sekadar perkongsian pengalaman saya membuka akaun simpanan emas dengan Maybank (MGIA). Kalau tak silap, buku MGIA berwarna hitam, tapi saya dah lupa kat mana saya tengok gambar tersebut.
Pelaburan emas sangat bagus
@Zamfida, ya, sangat bagus. Lagi bagus kalau ada emas fizikal.
Mesti untung punya lah
bgus join vgmc pulangan 120% setahun, sy dh blik modal, skng mkn dividen jer bulan2
Nak buka acc simpanan emas MGIA kena ada cash or boleh tolak dr acc maybank kita?
Kalau tak silap saya, tak boleh auto tolak dari acc Maybank. Kena keluarkan duit tu dulu.