Salam sejahtera buat semua.
Pada awal minggu ni, saya telah berkesempatan untuk ke Financial Department di bangunan Kompleks Canselor, bersebelahan IRC UTP. Kebetulan teman kawan-kawan pergi membayar yuran asrama untuk minta dilepaskan keputusan peperiksaan mereka yang masih ditahan.
Berdekatan dengan pintu masuk ke tempat ni, ada satu kabinet yang menempatkan segala cenderamata dan cenderahati (apa beza dua ni eh?) yang berkaitan dengan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Yang paling menarik perhatian dalam kabinet tersebut adalah dinar emas. Ya, dinar emas kepunyaan UTP. Dinar emas yang dikeluarkan khas oleh Alumni UTP. Siap ada logo UTP lagi atas dinar emas tu dan satu lagi ada gambar Kompleks Canselor..
Dinas emas UTP ni mempunyai ketulenan 999.9 dengan berat 4.5 gram dan berdiameter 23mm. Harga dinar ni mengikut harga emas semasa di pasaran dan sekali dengan kos pengurusan sebanyak RM25.
beliamuda: Punya lama kami usya kabinet tu sampai ada mak gad yang tegur nak beli ke… ^_^

Leave a Reply