(Gambar) Proton Saga Facelift (FL) 1.6 Ekskutif

Salam sejahtera buat semua.

proton-saga-1600cc-3_770

Baru tadi dapat tahu apabila Faris memberitahu Proton ada mengeluarkan Proton Saga FL 1.6 Ekskutif, kebetulan masa tu tengah naik motor dan ternampak sebuah Proton Saga 1.3 kat depan. Pada bulan Disember tahun lalu, Proton Saga FL diperkenalkan kepada para pembeli.

Di UTP sekarang ni dah boleh tengok beberapa biji Proton Saga FL (kawan sekelas pun ada baru beli dan pakai Proton Saga FL) yang dipakai oleh oleh golongan pelajar, tapi tak banyak lagi la. Memang sasaran pembeli untuk Proton Saga FL adalah golongan muda pun.

Kini, barisan varian Proton Saga FL Ekskutif ditambah lagi dengan enjin kapasiti 1600cc dan dikenali sebagai Proton Saga FL 1.6. Lihat gambar-gambar Proton Saga FL 1.6 di bawah yang diambil daripada Paultan.

Proton Saga FL 1.6

Proton Saga FL 1.6 baru ini adalah berharga RM46,549 untuk Semenanjung Malaysia berbanding harga Saga FL 1.3L Ekskutif pada harga RM43,298. Proton Saga FL 1.6 ini hanya akan didapati dalam transmisi automatik 4 kelajuan dengan warna White Solid sahaja.

 

Proton Saga FL 1.6 Proton Saga FL 1.6

 

Proton Saga FL 1.6 Proton Saga FL 1.6

 

 

Proton Saga FL 1.6

 

beliamuda: Lebih besar kapasiti enjin, lebih kuasa daripada Proton Saga FL 1.3, dan juga lebih minyak digunakan.

One thought on “(Gambar) Proton Saga Facelift (FL) 1.6 Ekskutif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge