Bercuti Semester di Kampung

Salam sejahtera buat semua.

Alhamdulillah, dapat jua saya jejakkan kami semula di rumah untuk bertemu dengan keluarga di kesempatan cuti semester selama seminggu ini. Oh, cuti semester yang cuma seminggu sahaja.

Dengki pula apabila tahu adik saya yang belajar di USM akan bercuti sehingga bulan September nanti. Lama tu. Apalah nanti nak buat kat rumah? Tidur dan makan je la kan? Lebih tepat, mengulang siaran RTM je la…

Perjalanan balik kali ini ditempuh bersama Anuar dan Baha. Jalan agak lengang sepanjang perjalanan daripada UTP ke kampung halaman (UTP – Ipoh – Kuala Kangsar – Gerik – Jeli – Tanah Merah – Machang – Melur – Jelawat) tanpa sebarang masalah.

 

beliamuda: Apa nak buat seminggu cuti? Tugasan FYP sudah pun bermula.

Comments

3 responses to “Bercuti Semester di Kampung”

  1. naimulfirdaus Avatar

    selamat bercuti..

    1. beliamuda Avatar

      @naimulfirdaus, cuti sekejap sangat.

  2. […] Saya tak sedar pun wujudnya masalah akses ke dashboard Blogger yang terjadi semalam sebab tak online kecuali lewat malam tadi. Anuar yang berazam nak update blog sebelum ni pun turut sama tak sedar akan masalah ni sebab berada bersama saya dalam perjalanan pulang ke kampung. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge