Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2011 Kini Dibuka

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Pendaftaran SPM dan SPMU 2012 telah dibuka]

Dalam keadaan pelajar SPM 2010 semakin menghampiri tarikh keputusan untuk diumumkan, pendaftaran bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun 2011 akan dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac ini. Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 pula, pendaftaran telah pun dibuka sejak 1 Februari 2011 yang lalu sehingga 31 Mac ini.

Menurut Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh didapati di sekolah masing-masing, manakala bagi calon persendirian boleh diperolehi di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terdekat.

Pendaftaran lewat tidak akan dilayan. Anda boleh merujuk di sini untuk tarikh SPM, SPMU dan STAM 2011.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, mereka yang berkenaan boleh melayari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia di www.moe.gov.my/lpm atau merujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

beliamuda: Bagi yang nak ambil SPMU tu, cepat-cepatlah mendaftar. Mata pelajaran yang ditawarkan dalam SPMU ialah 1103 Bahasa Melayu dan 1449 Matematik sahaja.

60 thoughts on “Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2011 Kini Dibuka

  1. Saya nak tanya, saya telah mendaftar EST untuk SPM 2011 , tetapi saya nak menbatalkan subjek berkenaan sudah terlambat . andai kata kalau saya tidakk hadir untuk subjek tersebut , adakah memberi kesan kepada subjek lain , contoh sekiranya saya tidak menduduki paper est , maka semua subjek yg lain seperti biology , physics tu sume dikira tidak hadir . Please reply ASAP . Saya tgh buntu .

    • @Harith Syazwan, bukan macam tu. Kalau tak silap, anda perlu juga menduduki EST. Mungkin kegagalan anda untuk menduduki paper tersebut boleh membawa kepada F yang seterusnya boleh menjejaskan keputusan secara keseluruhan. Adalah lebih baik perkara ini dirujuk dengan cikgu terlebih dahulu.

  2. Salam, okkay dlm spm 2010 (LULUS) sy tlh mendpt 2 credit sahaja dalam science dan seni, tetapi bm sy D… Apakah akibat jika saya resit spm pada 2012 dalam subjek bm sahaja untuk mendapatkan keputusan C(credit) tetapi sy gagal subjek tersebut??????? adakah spm sy consider gagal utk selama lamanya , atau masih boleh ikut keputusan yg lama??
    Him´s last blog about ..( @HafizHamidun ) La Ilaha Illallah: Zikir Terapi DiriMy Profile

    • @mery, kalau semua sudah selesai, anda perlulah pula bersedia untuk menghadapinya. Untuk mengetahui status semasa, silalah selalu berhubung dengan JPN/PPD.

  3. tan tanyer sikit, i wantnak ambil BI(Eng) sj for SPMU, bila daftar dan bila test. I sangt confuse coz i only c BM n Matematik jer boleh ulang, pls advice. thank you

  4. saya nak tanye,sekarang ni keputusn bahasa melayu saya D…saya mengambil spmu tetapi sy nedapat E dlm keputusan tersebut….adakah keputuan bahasa melayu saye menjadi E…?????

  5. Assalamualaikum , saya nak tanya sedikit. Saya mengambil aliran sains tulen tapi saya mahu ambil 8 subjek sahaja , Bolehkah saya berbuat begitu sebab pelajar SPM boleh minimum ambil 6 subjek dan saya mahu buang subjek Biologi.Bolehkah saya berbuat begitu ? Dan pendaftaran subjek SPM dibuat oleh guru atau pelajar itu sendiri ? terima kasih :3

Leave a Reply to Siti nadira chai Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge