Pameran Kereta Klasik di UTP

Salam sejahtera buat semua.

Keindahan pagi Ahad yang permai ni membawa sedikit semangat untuk terus teguh melakukan kerja dan tidak lena sebaik sahaja bangun awal pagi. Mungkin sebab tidur yang lena semalam setelah penat bermain bola keranjang setelah sekian lama.

Dengan mood yang baik, rumet diajak untuk bersarapan. Sekadar bersarapan di café V1 (Pak Ali), menjamam roti canai di sana yang juga dah lama tidak dirasai lidah. Kebetulan masa lalu di V4, terpandang ke kawasan parkir (tapak pesta konvo) yang agak lengang, tetapi menarik perhatian aku untuk memandang lebih jauh. Mata terpaut pada sekumpulan kereta yang diletak agak jauh.

Kereta Klasik di UTP

Ok, gambar di atas adalah sekumpulan kereta yang dimaksudkan. Entah siapa yang letak kat sini. Nombor plat kereta pun dah takde. Memang di UTP ni, ada je orang (baca: pelajar) yang tinggal kereta klasik macam ni. Biasanya dah rosak dan tidak berfungsi lagi.

Adakah kereta ini akan terus dilonggok di sini untuk pameran kereta klasik? Nak tunggu Pesta Konvo 2011 memang tiada rasanya. Ya, dengar katanya Pesta Konvo tidak diadakan pada tahun ni sebab jatuh dalam musim cuti sem, tapi batch aku ada je di UTP masa tu, utnuk menghabiskan semester terakhir di UTP sebelum graduasi.

beliamuda: Selamat ulang tahun ke-4 untuk Nuffnang daripada seorang ahli biasa. 🙂

18 thoughts on “Pameran Kereta Klasik di UTP

  1. weh!… memang klasik sungguh2 dah tu park pun tak berapa nak betul. hehehe ingatkan tadi betul2 punya keter klasik… ingat nak pi tengok ler… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge