Salam sejahtera buat semua.
Sebaik sahaja siaran rasmi tarikh pengumuman keputusan STPM 2011 dan dalam proses penantian tarikh pengumuman keputusan SPM 2011, pendaftaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan SPM Ulangan (SPMU) bagi tahun 2012 kini telah dibuka bermula 1 Mac yang lalu, seperti kebiasaan dua tahun kebelakangan.
Pendaftaran SPM dan SPMU Tahun 2012
Borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh diperolehi dan dikembalikan di sekolah masing-masing. Manakala bagi calon persendirian pula, borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat.
Syarat Kelayakan mendaftar SPM 2012
Calon Sekolah
- Murid tingkatan lima Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/ Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Negeri/ Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan
- Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
Calon Persendirian
- Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau
- Telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu tahun sebelum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SPM, atau
- Telah mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
- Calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja hendaklah mendapat kebenaran khas bertulis daripada Pengarah Peperiksaan.
Syarat Kelayakan mendaftar SPMU 2012
- Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE.
Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2012 adalah pada 31 Mac 2012. Pendaftaran yang lewat tidak akan diterima. Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2012 hendaklah dirujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan. Sila rujuk juga laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat tambahan.
beliamuda: Sila rujuk di sini untuk tarikh peperiksaan SPM dan SPMU 2012.
Leave a Reply