Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2011 Kini Dibuka

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Pendaftaran SPM dan SPMU 2012 telah dibuka]

Dalam keadaan pelajar SPM 2010 semakin menghampiri tarikh keputusan untuk diumumkan, pendaftaran bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun 2011 akan dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac ini. Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 pula, pendaftaran telah pun dibuka sejak 1 Februari 2011 yang lalu sehingga 31 Mac ini.

Menurut Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh didapati di sekolah masing-masing, manakala bagi calon persendirian boleh diperolehi di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terdekat.

Continue reading

Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM 2011

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Tarikh Peperiksaan Awam Tahun 2012]

Tarikh peperiksaan awam bagi tahun 2011 iaitu untuk UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharapkan ini akan menjadi panduan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan ini untuk membuat persiapan lebih awal.

Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan yang berkenaan;