Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2011 Kini Dibuka

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Pendaftaran SPM dan SPMU 2012 telah dibuka]

Dalam keadaan pelajar SPM 2010 semakin menghampiri tarikh keputusan untuk diumumkan, pendaftaran bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun 2011 akan dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac ini. Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 pula, pendaftaran telah pun dibuka sejak 1 Februari 2011 yang lalu sehingga 31 Mac ini.

Menurut Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh didapati di sekolah masing-masing, manakala bagi calon persendirian boleh diperolehi di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terdekat.

Pendaftaran lewat tidak akan dilayan. Anda boleh merujuk di sini untuk tarikh SPM, SPMU dan STAM 2011.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, mereka yang berkenaan boleh melayari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia di www.moe.gov.my/lpm atau merujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

beliamuda: Bagi yang nak ambil SPMU tu, cepat-cepatlah mendaftar. Mata pelajaran yang ditawarkan dalam SPMU ialah 1103 Bahasa Melayu dan 1449 Matematik sahaja.

60 thoughts on “Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2011 Kini Dibuka

  1. salam…nak tnya ni…saya plajar lpasan SPM 2010…bagaimana dgn soalan yang akan keluar bagi exm bahasa inggeris,adakah soalan yang keluar dalam novel yang lama atau dalam novel yang baru…

    • @Qyara, komsas silibus baru bermula pada bm november 2011. bm julai 2011 masih menggunakan silibus komsas yg lama.

    • @kirana, untuk calon persendirian pertama kali mengambil spm hendaklah mendaftar minimum enam subjek iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik, sains, pendidikan islam dan juga sejarah. sekiranya anda pernah mengambil spm dan mendapat sijil spm, anda boleh mendaftar mana-mana subjek dlm spm walaupun satu subjek sahaja. sekiranya calon gagal bm, anda hendak mengambil subjek bahasa melayu dan juga subjek yang anda hendak ambil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge